KUALA LUMPUR / 30/03/2023
Kerajaan Pusat bersetuju mengikut pendekatan disyorkan Sarawak bagi membangunkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pendekatan itu ialah pengwujudan jawatankuasa koordinasi bagi menyelaraskan agensi terlibat pembangunan usahawan PKS seperti di Sarawak. "Ia telah dipersetujui supaya pendekatan ini diterima pakai di peringkat nasional juga,"katanya selepas mewakili Sarawak di Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen.
KUCHING / 30/03/2023
Sebanyak 32 acara dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana 32 acara sukan akan dipertandingkan dalam temasya itu merupakan keputusan Majlis Sukan Negara (MSN). Katanya, keputusan terbabit juga dibuat bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, semua exco sukan dan belia negeri termasuk juga dua menteri berkaitan belia dan sukan dari Sarawak dan Sabah.
KUCHING / 29/03/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawikh Berjemaah bersama Penjawat Awam, Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak petang ini tadi. Dalam majlis yang sama, Premier telah menyampaikan Sumbangan Ikhlas Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarawak kepada 52 murid dan 13 guru dari 13 Sekolah Kebangsaan (SK) di kawasan Petra Jaya.
KUCHING / 88/03/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat dari TYT DR. Ivan Velimir Starcevic, Duta Besar Croatia ke Malaysia di pejabatnya pagi ini. Tujuan kunjungan tersebut adalah mengenai rancangan kerjasama dengan Sarawak dengan Repulik Crotia dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, ekonomi hijau dan juga hidrogen.
SPAOH / 26/03/2023
Dana berjumlah RM29.6 juta diluluskan bagi membersihkan sungai tersumbat di negeri ini dalam usaha mengurangkan banjir di luar bandar.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, dana itu diluluskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Uggah berkata, cadangan tersebut untuk melaksanakan projek itu secepat mungkin.
GEDONG / 25/03/2023
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Openg merangkap ADUN N26 Gedong telah Sungkei ( berbuka puasa ) bersama rakyat bertempat di Perkarangan Masjid Kawthar, Daerah Gedong. Selepas berbuka puasa beliau Solat berjemaah, Mahgrib, Isyak dan sunat Terawih. Sebelum Solat Isyak beliau menyerah sumbangan kewangan kepada dua buah Masjid dan sepuluh buah Surau dalam Daerah Gedong yang di terima oleh Pengerusi masing-masing.
KUCHING / 23/03/2023
Sistem lampu isyarat di Bulatan 5 di sepanjang Jalan Setia Raja/Stutong kini mula beroperasi. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dengan pengaktifan awal sistem lampu isyarat tersebut, beliau berharap ia dapat melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut terutama pada waktu puncak. "Bagaimanapun, walaupun dengan pengaktifan awal sistem lampu isyarat tersebut, orang ramai diingatkan memandu dengan berhati-hati kerana tapak di sepanjang Lebuh raya Kuching-Samarahan masih dalam pembinaan," katanya semasa menghadiri majlis perasmian pelancaran persimpangan lampu isyarat tersebut, di sini, hari ini.
KUCHING / 22/03/2023
Sarawak adalah negeri terbesar daripada negeri-negeri lain di Malaysia yang melabur di Indonesia (Kalimantan), kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, pelaburan Sarawak itu yang mendapat sokongan daripada Presiden Joko Widodo adalah untuk bersama-sama dengan Indonesia (Kalimantan) membangunkan tenaga diperbaharui dan hidrogen.
BRUNEI / 22/03/2023
Delegasi Kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan kunjungan hormat ke Brunei hari ini. Kunjungan hormat itu kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei , Dato Seri Setia Awang Erywan Pehin Datu Pekema Jaya Mohd Yusof di pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Brunei.
KUALA LUMPUR / 20/03/2023
Pada malam Ahad Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari telah menghadiri Mesyuarat Majlis Pemimpin Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia ke-2 di Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh PMX Dato’ Sri Anwar Ibrahim bertempat di Bilik Mesyuarat, Sekretariat Keraiaan Perpaduan Malaysia, Tingkat 36, Menara Dato' Onn, World Trade Centre (WTC).
DARO / 19/03/2023
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata Kerajaan Sarawak akan memperluaskan pembinaan stesen bersepadu PETROS di seluruh Sarawak pada masa hadapan. Beliau berkata stesen bersepadu tersebut akan diperluaskan bahagian di Pusa, Kapit, Sibu dan Miri sebagai langkah persediaan ke arah mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik untuk kelestarian alam sekitar.
KUCHING / 18/03/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hadir di Pusat Konvensyen Demak (PCC), Kuching bagi merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak hari ini. Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta ahli-ahli Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan persatuan lain.
KUCHING / 16/03/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyerahkkan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) kepada 45 kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sarawak. Menurut beliau, DSITKS adalah antara jalan penyelesaian sementara untuk memudahkan urusan perkhidmatan tertentu penjagaan (perubatan dan pendidikan) sebelum mereka mendapat dokumen yang sah terutamanya apabila tahun persekolahan 2023 bermula.
KUCHING / 15/03/2023
Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg today proposed a new Sarawak Government governance framework body to oversee and manage all matters related to climate change and carbon trading. He said the establishment of a Sarawak Climate Change Centre that will serve to coordinate, manage, support and guide all matters concerning climate change and carbon trading initiatives in the state.
KUCHING / 14/03/2023
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berbincang dengan konsortium pelaburan dari Malaysia dan China yang berminat untuk melabur dalam pengilangan bahan hijau. Awang Tengah dalam satu kenyataan media berkata, konsortium itu adalah antara ramai pelabur luar negara yang menaruh minat untuk melabur di negeri ini. Pelabur menaruh minat untuk melabur di negeri ini disebabkan memiliki banyak keistimewaan termasuk memiliki tenaga hidro hijau yang boleh menjadikan kilang mereka bebas pelepasan karbon, katanya.
SAMARAHAN / 13/03/2023
Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) membangunkan projek hidroelektrik di Sungai Mentarang, Kalimantan Utara, Indonesia. Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata SEB mempunyai ekuiti lebih kurang 25 peratus dalam projek itu melaksanakan projek secara kerjasama dengan syarikat Indonesia. Katanya, projek ini berkapasiti 1, 375 megawatt dibangunkan bagi membekalkan tenaga elektrik ke taman perindustrian di Kalimantan Utara yang juga sedang dibangunkan.
KUCHING / 11/03/2023
Penduduk sekitar Taman Sukma di sini, mempunyai sebuah bangunan baharu Masjid Ikhwanul Islam apabila ia dirasmikan pada malam tadi. Perasmian masjid yang berharga RM17 juta itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof. Masjid itu mampu menampung seramai 3,000 jemaah dengan menara berukuran 99 kaki, kubah menyerupai Kubah Masjid Nabawi, hiasan dalaman kontemporari dan fasiliti moden.
KUCHING / 11/03/2023
Penduduk diminta bersiap sedia menghadapi musibah bencana akibat keadaan cuaca semakin ekstrim ketika ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, mereka perlu bersiap sedia di peringkat komuniti dengan mengikuti kursus berkaitan penyelamatan dan pencegahan bahaya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
CHINA / 08/03/2023
Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) mencapai kejayaan dalam pembuatan prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) Sarawak yang berkuasa hidrogen di Zhuzhou, China. Kenderaan ART itu kini sedang menjalani Latihan Pengesahan Konsep (POC) peringkat 1 di sini sehingga pertengahan bulan ini. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin telah hadir untuk memeriksa prototaip di kilang CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd di Zhuzhou, China pada Isnin.
KUCHING / 07/03/2023
Sarawak akan meneliti dan memperincikan untuk membenarkan usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mengguna alamat kediaman untuk mendaftarkan perniagaan mereka. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ketika ini ramai usahawan terbabit termasuk secara dalam talian beroperasi di rumah tetapi tidak dibenarkan menggunakan alamat bagi mendaftarkan perniagaan.
KUCHING / 07/03/2023
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bertemu dengan pelabur dari Australia yang berminat melabur dalam pengilangan besi keluli di negeri ini. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, Sarawak terkenal sebagai destinasi pelaburan terkemuka kerana memiliki banyak keistimewaan termasuk tenaga hidro yang boleh digunakan oleh pelabur dalam pengilangan mereka selain mengurangkan pelepasan karbon.
BINTULU / 06/03/2023
Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak giat melaksanakan kerja-kerja pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam usaha memberi pengiktirafan ke atas pemilikan tanah NCR milik rakyat di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, jabatan tersebut telah menyukat perimeter seluas kira-kira 2.66 juta ekar di seluruh negeri setakat 31 Januari 2023 menerusi Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu dengan 2.01 juta ekar daripada jumlah tersebut telah diwartakan.
BINTULU / 05/03/2023
Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak kini mencapai kemajuan sebanyak 49.31 peratus. Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, perbincangan telah dilakukan bersama pihak berkaitan dalam menentukan kaedah untuk memastikan projek bernilai lebih RM466 juta itu akan siap menjelang hujung bulan Oktober 2024. Katanya, pihak kontraktor juga telah mengatasi sebahagian besar isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dengan membawa masuk pekerja asing dari negara China.
DEBAK / 08/03/2023
Projek tebatan banjir sedang dirancang untuk dibina di Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Lalang di sini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek itu perlu kerana banjir di tiga kampung itu berpunca dari limpahan air Sungai Rimbas rentetan hujan berterusan. "Beberapa hari lalu banjir telah menjejaskan 51 keluarga melibatkan seramai 213 mangsa di tiga m kampung berkenaan," katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Millenia Debak di sini.
KUCHING / 02/03/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJK Chung Hua Batu Kawa pagi ini tadi. Sejurus tiba, beliau telah diberi taklimat oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, En. Abdul Wahab bin Haji Rahim berkaitan maklumat statistik mangsa yang terjejas banjir.
BETONG / 02/03/2023
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Millenia di Debak, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir (JPBN) negeri itu melawat pusat yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.
KUCHING / 02/03/2023
Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada dan akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari negara Belanda bagi menangani banjir. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Belanda merupakan sebuah negara yang berada di bawah paras laut dan mempunyai sistem yang baik dan mungkin boleh digunakan di Sarawak.
MALINAU / 01/03/2023
Sarawak’s participation in the Mentarang HEP in North Kalimantan through Sarawak Energy is an important step forward for Sarawak’s renewable energy sector, Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg said today. SEB’s investment in the project was a strategic capital outlay to enhance Sarawak’s position as a regional economic powerhouse, he told reporters here today.
MALINAU / 01/03/2023
Penyertaan Sarawak dalam pembangunan projek hidro elektrik Mentarang di Kalimantan Utara melalui Sarawak Energy Bhd (SEB) adalah pendekatan penting untuk membangunkan sektor tenaga diperbaharui Sarawak, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan SEB dalam projek itu merupakan satu pelaburan modal strategik untuk mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai wilayah pembekal tenaga, katanya kepada media di sini.
BETONG / 01/03/2023
Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 iaitu jambatan terpanjang merintangi sungai di negara ini yang berharga RM848.7 juta mengikut jadual. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang melawat ke tapak pembinaan jambatan itu dekat sini hari ini, menzahirkan rasa puas hati dengan perkembangan pembinaannya. “Saya yakin kontraktor yang membina jambatan itu, Perbena Emas Sendirian Berhad berupaya menyiapkan jambatan itu lebih awal daripada jadual iaitu pada 7 Julai 2025.