KUCHING / 29/05/2022
Hampir semua 82 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di negeri ini mengusulkan supaya jawatan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Parti tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu yang akan diadakan mulai 16 hingga 19 Jun depan. Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, hampir semua 82 cawangan parti mengemukakan usul itu selepas selesai mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan masing-masing.
MUKAH / 28/05/2022
Kerajaan Sarawak kini sedang meneliti hala tuju baharu bagi membangunkan negeri ini menjelang tahun 2030. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, menyedari keperluan itu Kerajaan Sarawak kini menerokai New Economic Growth dan New Revenew Engineering bagi memastikan Sarawak terus menjana pendapatan untuk membangunkan negeri ini.
KUCHING / 27/05/2022
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg serta isteri hadir meraikan Majlis Malam GPS Backbencers bertempat di sebuah hotel di Kuching. Majlis yang meriah dan penuh kesyukuran bagi meraikan kejayaan dan penghargaan kepada semua ahli GPS Backbencer yang telah berjaya bersidang selama lapan hari pada Mesyuarat kedua, penggal Pertama DUN Sarawak.
KUCHING / 26/05/2022
1. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di atas Ucapan Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Kesembilan Belas. 2. Saya turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang. Semua rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menunjukkan kematangan dalam penyampaian hujah masing-masing yang disokong dengan maklumat hasil rujukan yang penuh dengan fakta.
KUCHING / 25/05/2022
Sarawak yakin dapat menarik seramai 1.2 juta pelancong dengan mencatat pendapatan RM3.2 bilion dalam industri pelancongan pada tahun 2022, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Sni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. eliau berkata, pelancongan domestik akan menjadi penggerak dalam memulihkan semula industri di negeri ini.
KUCHING / 22/05/2022
Parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bersatu hati sekali gus mengenepikan kepentingan peribadi untuk memastikan kemenangan berganda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) milik gabungan itu. Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam soal pemilihan calon, kepentingan peribadi bukan agenda utama.
KUCHING / 22/05/2022
Kabinet secara dasarnya telah meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Pakej Dua Lawas-Limbang seterusnya ke Miri, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof. Beliau berkata, fasa satu projek berkenaan dari Lawas ke Long Lopeng sepanjang 77 kilometer (km) kini sedang dilaksanakan. “Bagi fasa kedua, sedang dalam proses melantik kontraktor selepas dinilai oleh Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Jejambat Batu 10 Seksyen Jalan Kuching Serian, di sini.
SPAOH / 21/05/2022
Pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak diminta menjelaskan kepada rakyat berhubung pelbagai program bantuan kebajikan jabatan itu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana masih ramai penduduk rumah panjang, kampung, penempatan terutama di luar bandar tidak mengetahui bantuan yang disediakan itu.
KUCHING / 20/05/2022
Isu pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak dan cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak di Parlimen adalah antara lima tuntutan kerajaan negeri yang masih lagi dalam perbincangan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak(Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, cadangan lain ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182.
KUCHING / 20/05/2022
Sebuah kawasan perumahan mampu milik baharu perlu dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok dengan segera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, ia bagi menempatkan penduduk dengan kos pemilikan rumah yang sedia ada melambung tinggi. Ini termasuk melaksanakan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS), katanya.
KUCHING / 19/05/2022
Rang Undang-Undang (RUU) (Pindaan) Hutan 2022 untuk meminda Ordinan Hutan yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2015 diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. RUU itu dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
KUCHING / 19/05/2022
Lightning never strikes twice so Sarawak will focus on ‘other options’ and not appeal to Bank Negara Malaysia (BNM) after not getting approval for a digital banking licence. Dato Ibrahim Baki (PBB-Satok) questioned BNM’s decision to not consider Sarawak into its list of approved entities especially when one of the five successful applicants is a foreign entity from Singapore.
KUCHING / 17/05/2022
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini. Majlis istiadat pembukaan telah dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Ragad Kurdi Taib yang hadir tiba pada jam 10.00 pagi ini tadi.
KUCHING / 16/05/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membayangkan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof akan bertanding semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. “Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 31 kerusi parlimen nanti.
KUCHING / 15/05/2022
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang akan berlangsung pada 17 hingga 26 Mei ini akan menyaksikan tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan. Speaker DUN, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, mesyuarat kedua persidangan pertama persidangan itu bakal membentang RUU Pindaan dan Perbekalan Tambahan akan dibentang selama lapan hari.
KUCHING / 15/05/2022
Pucuk kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berpandangan jauh akan membangunkan negeri ini dan rakyatnya mengikuti trend perkembangan ekonomi dunia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang di-Pertua Parti PBB berkata, untuk merealisasikan hasrat itu, rakyat harus bersatu padu dan menjaga kestabilan politik yang sedia terjalin.
NORWAY / 13/05/2022
Sarawak akan melibatkan diri secara serius dengan negara Norway dalam usaha untuk membentuk dan menguruskan Dana Kekayaan Berdaulat. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini memandangkan kejayaan Dana Kekayaan Berdaulat negara Norway yang diiktiraf secara meluas dengan standard tadbir urus tertinggi sejak penubuhannya pada 1996.
KUCHING / 11/05/2022
Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dengan kerjasama ‘Sarawak Unit For Other Religions Charitable Trust’ dan Malaysia Buddhist Association Sarawak Branch (MBASB) akan menganjurkan sambutan Hari Wesak Sarawak 2022 di Kuil Utama Sarawak Buddhist Association di Jalan Tun Abdul Razak pada Ahad ini.
KUCHING / 11/05/2022
Pengurusan tertinggi Element 25 Limited Australia diketuai Pengarah Urusan, Justin Brown dan Pengurus Pembangunannya, Neil Graham mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di sini. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak dalam kenyataan berkata, Element 25 menaruh minat untuk melabur dalam pengeluaran manganese sulpate untuk bateri lithium-ion dan melawat Sarawak bagi mengkaji kemungkinan projek tersebut.
ROTTERDAM / 10/05/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg bersama ahli rombongan beliau di Rotterdam sempena Sidang Kemuncak & Ekspo Hidrogen Sedunia 2022 pada Isnin telah mengadakan lawatan singkat ke gerai pameran Shell untuk meninjau teknologi hidrogen terkini yang dibangunkan oleh syarikat tersebut. Kemudian beliau menghadiri taklimat oleh pihak Shell di tempat sama sebelum meneruskan lawatan ke Pejabat Shell di The Hague.
ROTTERDAM / 09/05/2022
Sarawak mengalu-alukan negara yang berminat membangunkan teknologi hidrogen dan penggunaannya terutama di negara tropika untuk mempercepatkan penggunaan gas hidrogen di peringkat global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak adalah negeri sedang giat membangunkan tenaga diperbaharui ‘Sarawak is Hydrogen Ready’ dan membuka ruang membantu industri tradisional menjadi lebih mampan.
KUCHING / 06/05/2022
Kerajaan Sarawak mempertimbangkan ‘extended family’ turut ditawarkan perumahan menerusi Skim Penempatan Semula Darul Hana di Sungai Bedaun. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, satu tatacara telah diwujudkan bagi pemindahan penduduk ke kawasan perumahan yang lebih baik.
KUCHING / 06/05/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg akan menyertai Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 Rotterdam di Belanda dari 9 hingga 11 Mei ini. Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan media pada Jumaat memberitahu, beliau akan menyampaikan ucaptama dalam sidang berkenaan sebagai penceramah kedua dalam slot selama 20 minit pada hari Isnin iaitu pada permulaan sidang kemuncak.
KUCHING / 06/05/2022
The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg will deliver a keynote address at the three-day World Hydrogen 2022 Summit and Exhibition hosted by the city of Rotterdam, the Netherlands from May 9 to 11.
KUCHING / 05/05/2022
Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek Rumah Sentoria, Borneo Samariang Garden (BSG) bagi mengatasi masalah yang dihadapi para pembeli. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari menegaskan, beliau mengambil maklum berkenaan isu tersebut dan telah memberi amaran kepada syarikat pemaju projek perumahan tersebut.
KUCHING / 05/05/2022
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) today announced the completion of the Business Transfer and Share Subscription Agreement (“BTSSA”) for PETROSNiaga Sdn Bhd (PNiaga). This conclusion marks the operationalisation of the partnership for the Liquefied Petroleum Gas (LPG) business in Sarawak.
KUCHING / 03/05/2022
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang pada Hari Raya kedua meriah dengan sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Ragad Kurdi Taib turut mengunjungi Rumah Terbuka Premier Sarawak.