NOVEMBER 2021

Sarawak Bakal Miliki Syarikat Penerbangan Butik

/ 30/11/2021

Sarawak bakal memiliki syarikat penerbangan butik di bawah kelolaan Hornbill Skyways bertujuan untuk mempertingkatkan industri pelancongan di Negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Selasa. Beliau menjelaskan perkhidmatan penerbangan tersebut akan beroperasi antara Sarawak dan hab-hab pelancongan seperti Singapura, Jakarta, Kuala Lumpur dan Hong Kong.

Abg Jo Lancar Jentera PRN Gabungan Parti Sarawak (GPS)

/ 28/11/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg yang juga Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) melancarkan jentera Pilhan Raya Sarawak GPS bertempat di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako malam ini tadi. Sejurus ketibaan, Presiden GPS telah diberi tepukan yang amat gemuruh oleh hadirin yang hadir dan disusuli dengan nyanyian lagu GPS beramai- ramai.

8,000 Rakyat Marudi Nikmati Bekalan Air Bersih

/ 25/11/2021

Penantian puluhan tahun penduduk di Marudi khususnya kawasan Lubok Nibong di sini untuk mendapatkan bekalan air bersih kini berakhir apabila projek bekalan air bersih menerusi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjaya disiapkan. Projek berongkos RM38 juta tersebut biayaan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan bersama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) siap sepenuhnya pada September lepas.

Jepak Jaya Kawasan Pembangunan Baharu Seperti Petra Jaya: DP Abang Jo

/ 23/11/2021

Petra Jaya untuk Kuching, Jepak Jaya untuk Bintulu - itu impian Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang dizahirkan ketika berucap merasmikan pelancaran pembangunan kawasan Jepak di seberang Bintulu pada Selasa. Kawasan Jepak akan dimajukan sebagai pusat pentadbiran, perumahan rakyat dan komersil baru seperti mana Petra Jaya di Kuching dimajukan sehingga menjadi kawasan yang pesat membangun, kata beliau.

Abg Jo Turut Lakukan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Pertiwi

/ 23/11/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg turut melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Pertiwi yang terletak di Batu Kawa tengahari ini tadi. Sebanyak 486 unit rumah pangsapuri dengan kemudahan Dewan Serbaguna serta pos kawalan sekuriti. Dalam program sama, beliau turut menyaksikan sumbangan daripada Pengerusi Lee Onn Development,Dato Tan Guek Kee kepada Sarawak Heart Foundation sebanyak RM100,00 dan RM50,000 kepada Sarawak Children’s Cancer Society.

Abg Jo Attended Ground Breaking Ceremony Of Multifuel Refuelling Station At MJC, Batu Kawah

/ 23/11/2021

23rd November 2021 – Today, Chief Minister of Sarawak  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg is officiating the ground-breaking event of the proposed Multifuel Refuelling Station situated strategically within MJC, Batu Kawah New Township. >Also present were Chairman of SEDC Energy, Ybhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain, Chairman of PETROS, Tan Sri Datuk Amar Haji Hamid Bugo, andChief Executive Officer of SEDC Energy, Mr. Robert Hardin.

CM Abg Jo Launches Start-Ups Centre

/ 22/11/2021

Chief Minister, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg today officially launched the Tegas Digital Village (TDV) located at the Samajaya High-Tech Park, here. The RM27-mil facility developed under Tabung Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) is a platform to support startup growth and promote digital innovation and entrepreneurship in Sarawak.

Abang Jo Lancarkan Tarikan Baru Jambatan Gantung Satok

/ 21/11/2021

YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Jambatan Satok yang menjadi mercu tanda ikonik di bandaraya Kuching malam ini tadi. Hadir sama, Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kanan Kerja Raya , Dato Sri Haji Fadillah Yusof, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi.

Datuk Patinggi Abg Jo Akan Berpindah Kawasan DUN ?

/ 17/11/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyatakan beliau akan menimbangkan cadangan untuk beliau berpindah dari kawasan DUN N8 Satok ke kawasan lain, khususnya DUN N26 Gedong pada PRN12 yang bakal diadakan dalam waktu terdekat. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan merasmikan upacara pecah tanah bagi jalan raya Lubok Teranggas/Gedong di sini pada Rabu.

Kualiti Air Wilayah Tengah Akan Bertambah Baik, 19 Projek Dibiayai Kerajaan GPS

/ 17/11/2021

Kualiti air di kawasan wilayah tengah Sarawak akan menjadi lebih baik, selepas pelaksanaan sebanyak 19 projek berimpak tinggi di kawasan siap. Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek itu dibiayai Kerajaan Sarawak membabitkan peruntukan sebanyak RM394 juta. Menurutnya, sebanyak 15 daripada projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak iaitu 14 Projek Rakyat dan satu Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Kerajaan GPS Terus Mengotakan Janji Kepada Rakyat

/ 15/11/2021

Kerajaan Sarawak telah menunaikan janji kepada warga Miri dengan siap sepenuhnya projek pembinaan bangunan Dewan Bandaraya Miri yang tersergam indah sebagai sebuah lagi mercu tanda di bandar minyak ini. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, bangunan yang dibina dengan kos kira-kira RM93 juta itu, termasuk kos pengambilan tanah, membuktikan beliau mengotakan janji yang  telah dizahirkan pada 7 Julai 2018.

Terminal Bas Miri Sentral Dijangka Siap Pada 2024

/ 15/11/2021

Projek pembinaan Miri Sentral yang melibatkan pembangunan terminal bas dijangka siap menjelang Januari 2024. Projek berongkos RM23.22 juta itu akan dilaksanakan pada Disember depan dalam tempoh 26 bulan untuk menggantikan terminal sedia ada di Pujut. Ini sekaligus akan mewujudkan hab rangkaian pengangkutan yang mampu memenuhi keperluan pada masa hadapan berkesan dan secocok dengan status Miri sebagai Bandaraya Pintar.

Abang Johari Terima Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara

/ 13/11/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri.' Penganugerahan darjah kebesaran tersebut diterima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

American Firm To Partner SEDC In Medical Manufacturing Venture

/ 12/11/2021

On Thursday SEDC and Arrow Medsource Group (AMG) - a North American health care supply chain management company and its North American high profile partners met with Chief Minister of Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg for a briefing on the Sarawak Medical Innovation and Technology Hub (SMITH). SMITH is a medical innovation manufacturing hub formed by SEDC, along with several high-profile global partners aimed at including Sarawak to be one of the important solutions to the global medical supply chain issues.

dBazaar, Platform E-Dagang Baharu Milik Rakyat Sarawak

/ 11/11/2021

Aplikasi dBazzar merupakan sebuah platform e-dagang yang dibangun, dimiliki dan dikendalikan rakyat Sarawak sendiri. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, beliau percaya aplikasi ini akan maju dan menonjol. “Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada dBazaar terutama pengasasnya selepas mempunyai pengalaman lama di Amerika Syarikat dan memiliki pengetahuan mengenai e-dagang. “Saya pasti dBazaar akan maju dan menjadi aplikasi yang sangat menonjol dari segi e-dagang.

UTS Dilancar, Insentif Diperkenal

/ 10/11/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Tun Datuk Abang Haji Openg pada Rabu telah melancarkan University of Technology Sarawak (UTS) sebagai sebuah universiti penuh yang terdahulu dikenali sebagai University College of Technology Sarawak (UCTS). UTS merupakan universiti pertama milik penuh Kerajaan Sarawak yang telah dinaik taraf daripada sebuah kolej universiti. Sempena dengan pelancaran tersebut Datuk Patinggi Abang Haji Zohari telah mengumumkan beberapa insentif kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UTS seperti berikut:

Sarawak Petchem To Usher In More Projects In Tg Kidurong Petrochemical Hub

/ 09/11/2021

The Sarawak Methanol Plant being constructed in Tg Kidurong here will be a catalyst for future downstream value-added petrochemical industries to transform this gas-rich town into a petrochemical hub, Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg said today. He was speaking to reporters in a press conference at the end of his visit to the project site, Sarawak’s first wholly-owned petrochemical project undertaken by Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).

Baling Dan Tanam ( Throw and Grow) Rancakkan Kempen Penghijauan Sarawak

/ 09/11/2021

Inovasi kaedah Baling dan Tanam (THROW AND GROW) atau dilaksanakan dengan menggunakan teknologi pembenihan dron (DRONE SEEDING) merupakan inisiatif terbaharu oleh Jabatan Hutan Sarawak (JTS) sebagai usaha meningkatkan pemulihan dan perhutanan semula dan merancakkan lagi Kempen Penghijauan Sarawak. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak melalui JTS membangunkan projek Seed Ball (Throw and Grow) ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah membolehkan usaha pemulihan dijalankan dikawasan terpencil dan ini membuktikan kerajaan benar-benar komited bagi memastikan alam sekitar di negeri ini terpelihara.

Abang Jo Rasmi Batu Kawah Riverbank Park

/ 08/11/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg hari ini merasmikan Batu Kawah Riberbank Park yang merupakan lambang tarikan rekreasi penduduk tempatan di Batu Kawah petang ini tadi. Ketika menyampaikan ucapan beliau tadi, beliau berkata terdapat perancangan bagi pelan induk pembangunan perumahan di kawasan Batu Kawah ini yang akan meliputi kawasan Bau yang juga bakal menjadi daerah pelancongan serta Lundu dan juga Sematan.

Kerajaan Sarawak Sumbang RM5 Juta Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak - Abg Jo

/ 08/11/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta untuk penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) bagi meneroka bidang penyelidikan baharu yang dapat memacu kepada agenda pemerkasaan sosio-ekonomi  masyarakat Islam di negeri ini. Beliau berkata demikian semasa menjadi saksi Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian (MoA) Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak antara Majlis Islam Sarawak dan Universiti Kebangsaaan Malaysia di sini, hari ini.

Brooke Dockyard Inks Contract With Shell To Construct Offshore Structure

/ 04/11/2021

Chief Minister, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg this morning witnessed the contract signing ceremony between Brooke Dockyard  & Engineering Works Corporation and Sarawak Shell Bhd. for the engineering, procurement and construction (EPC) of a fixed offshore structure works for the development of Shell’s Timi gas field. The Chief Minister said he was happy that the Timi field,  a sweet gas field discovered in 2018 under the SK318 PSC, situated 200km off Miri shores is Shell’s first wellhead platform in Malaysia that is powered by a solar and wind hybrid renewable power system.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 Dibentang

/ 03/11/2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang) Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Rabu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat berkaitan memasukkan negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Borneo. Menerusi kenyataan medianya pada Rabu, beliau memberitahu, Rang Undang-Undang (RUU) itu menandakan permulaan lembaran baharu dalam sejarah negara dan langkah pertama dalam mengembalikan hak dan prinsip asas yang telah diwujudkan persekutuan.

TYT Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Kepada 126 Penerima

/ 03/11/2021

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak kepada 126 penerima bertempat di Hotel Kingwood, Sibu pada Rabu. Mengetuai senarai penerima ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datu Kameri Affandi yang dianugerahkan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) membawa gelaran Datu.

CM Abg Jo Dan Isteri Hadir Memberi Penghormatan Terakhir

/ 03/11/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg dan isteri, Datuk Amar Hajah Juma'ani bin Tun Tuanku Haji Bujang hadir ke Christian Ecummenical Workship Centre, Association of  Church Sarawak, Jalan Stampin di sini pagi ini tadi. Ketua Menteri  dan isteri yang tiba kira-kira pada jam 8.40 pagi  telah hadir bagi  memberi penghormatan terakhir buat Mendiang Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, dan juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak.

Abg Jo Serah Insentif Kerajaan Negeri Sarawak

/ 02/11/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Kepada Atlet Sarawak yang memenangi pingat di Tokyo 2020 Paralympic di pejabatnya petang ini tadi. Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Menteri menzahirkan rasa bangga atas pencapaian atlet-atlet dari Sarawak yang telah berjaya mengharumkan nama Sarawak di mata dunia. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis penyerahan insentif oleh YAB Ketua Menteri kepada Bonnie Bunyau anak Gustin yang mendapat Pingat Emas dalam acara Powerlifting di Tokyo Paralympic 2020 dengan jumlah insentif berjumlah RM 500,000.00 dan Jong Yee Khie yang mengharumkan Sarawak dengan mendapat pingat Perak dalam acara yang sama menerima insentif berjumlah RM 300,000.00.

Konvensyen GPS Dijadual 7 November Ini Ditangguh, Patuhi Arahan KKM

/ 02/11/2021

Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadual berlangsung pada 7 November ini, akan ditangguh sebagai usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti. Perhimpunan itu dicadang diadakan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah penangguhan itu sebagai mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya di seluruh negara.