KUCHING / 27/11/2022
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani bin Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir menyeri Majlis Makan Malam Amal anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak ( DUBS) Cawangan Kuching bertempat di BCCK. Dalam ucapan amanat, beliau mengucapkan syabas dan tahniah diatas penglibatan semasa Fenomena C19, dan juga kesedaran serta kefahaman DUBS terhadap dasar Post Covid Development Strategy 2030 ( PCDS2030) bagi memulih Ekonomi Sarawak.
KUCHING / 26/11/2022
Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Hajjah Raghad Kurdi Taib hadir merasmikan Wisma SABATI yang bertempat di Jalan Bako malam ini tadi. Turut serta hadir adalah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Premier Sarawak yang juga Presiden SABATI.
KUCHING / 25/11/2022
Kerajaan Sarawak dan kerajaan Indonesia terus komited untuk mengekalkan jalinan kerjasama yang erat bagi merancakkan aktiviti ekonomi kedua pihak. Menurut Timbalan Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hubungan yang rapat itu juga untuk meningkatkan penglibatan perusahaan besar termasuk perusahaan kecil dan sederhana yang merangkumi pelbagai sektor.
KUCHING / 24/11/2022
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperuntukkan sebanyak RM255 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sejak tahun 2017. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bagi tahun 2023 Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah meluluskan sebanyak RM100 juta lagi untuk UNIFOR.
KUCHING / 24/11/2022
Rakyat Sarawak diseru untuk tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman yang rancak diapikan oleh segelintir pihak pada masa kini. Menurut Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, ekonomi global akan berdepan cabaran besar apabila sentimen tersebut disemarak dan digunakan sebagai modal politik.
KUCHING / 24/11/2022
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk kerajaan perpaduan. Pengerusi GPS merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini adalah untuk mengatasi kemelut politik negara yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
KUCHING / 23/11/2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi pandangan agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertimbangkan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan atau ‘unity government’. Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Ketua Whip GPS, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, Al-Sultan Abdullah telah memberikan cadangan tersebut memandangkan tiada gabungan politik yang mempunyai majoriti mudah untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
KUCHING / 22/11/2022
Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) hari ini meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Tabung Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak 2022. RUU itu dibentang pertama kali oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Terdahulu, RUU tersebut dibahas oleh 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kesemuanya menyokong penubuhan tabung tersebut demi masa depan generasi Sarawak.
KUCHING / 18/11/2022
Social inclusivity” has been entrenched as a pillar of the Post-Covid-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) to ensure that the needs and welfare of all the people of Sarawak are always taken care of, Premier Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg said yesterday. He pointed out that the formation of UNIFOR (Unit for other Religions) to help all religions beside Islam fitted well into the social inclusivity policy to allow assistance to be channelled to other religions, particularly for building the houses of worship.
KUCHING / 17/11/2022
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya mahukan kerajaan pusat yang stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk memainkan peranannya sebagai pemerintah cekap dalam menjalankan tugas demi rakyat. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan pusat yang kukuh dan ampuh penting bagi membolehkan Malaysia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi global yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
BAU / 16/11/2022
Kerajaan Sarawak sudah meluluskan lebih RM100 juta bagi memulakan projek menaik taraf Jalan Kuching-Bau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi menaik taraf jalan terbabit kepada dua lorong sehala "Jalan itu walaupun tidak jauh, lebih RM100 juta sudah saya lulus. Tendernya akan dikeluarkan pada April 2023,"katanya semasa Perasmian Program SarawakKu Sayang 2022 di Pekan Siniawan di sini.
SELANGAU / 15/11/2022
Undi kepada GPS adalah undi ke arah mengwujudkan kestabilan di peringkat persekutuan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Openg. Beliau berkata telah terbukti bahawa GPS kuasa yang boleh membawa kepada kestabilan politik negara apabila berlaku pergolakan kepada pentadbiran negara empat tahun kebelakangan ini.
KUCHING / 13/11/2022
Kerajaan Sarawak kini hanya menunggu lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi membolehkan syarikat penerbangan butik miliknya memulakan operasi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata aspek pengoperasian syarikat penerbangan itu sudah dimuktamadkan dengan bermatlamat untuk membolehkan kemasukan pelancong secara langsung ke negeri berkenaan.
BETONG / 12/11/2022
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, perjuangan itu memerlukan suara yang kuat di Dewan Rakyat bagi menyelesaikan isu berbangkit mengenai perjanjian tersebut.
KUCHING / 10/11/2022
Kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk menaikkan skala gaji perkhidmatan awam Sarawak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, semua jawatan bertaraf pencen dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana semua pencen itu dibayar Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Sarawak tidak boleh mewujud jawatan sebarangan atau sistem gaji dan faedah pencen tanpa kelulusan JPA, katanya ketika melancarkan Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini.
DARO / 10/11/2022
Rakyat negeri ini harus bersatu dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, mandat itu penting bagi GPS di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari meneruskan perjuangan termasuk tuntutan hak Sarawak. "Selain tuntutan ke atas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), rakyat Sarawak berhak mendapat kesamarataan dalam kemudahan, pendidikan, kemahiran profesionalisme dan banyak lagi perkara," katanya pada Majlis Perasmian Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Daro, hari ini.
SONG / 10/11/2022
Sarawak perlu menghantar lebih ramai wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melindungi kepentingan dan hak Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, justeru calon GPS harus menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). "Jika GPS mempunyai lebih ramai ahli parlimen, suara kami akan menjadi sangat kuat. Alexander (calon GPS yang juga penyandang Kerusi Parlimen Kapit) mesti diberi peluang untuk mewakili kami sekali lagi.
KUCHING / 09/11/2022
Pengundi masyarakat Cina diyakini akan bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan dan sambutan komuniti itu terhadap GPS amat menggalakkan. Beliau yang juga Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sehubungan itu menzahirkan terima kasih kepada masyarakat itu.
KUCHING / 07/11/2022
Rakyat Sarawak harus memberi kemenangan besar kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi gabungan itu terus berjuang membela hak merka. Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat Sarawak berhak mendapat peruntukan lebih banyak dari Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di negeri ini seperti jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik serta telekomunikasi.
KUCHING / 07/11/2022
Pendapatan Sarawak pada tahun ini akan mencapai lebih RM10 bilion, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg. Pada kebiasaannya, pendapatan Sarawak berada pada lingkungan empat hingga ke lima bilion ringgit, kata beliau dalam ucapan perasmian sempena majlis pelancaran Manifesto GPS bagi PRU15 di BCCK pada malam Ahad. Beliau berkata palingi tinggi pendapatan Sarawak yang pernah dicatatkan ialah RM6 bilion sambil menyatakan pendapatan pada tahun ini akan berada pada kedudukan dua angka.
KUCHING / 03/11/2022
Semua calon termasuk muka baharu yang diketengah Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan mereka berpengalaman dan bertenaga. Pengerusi GPS merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa mengumumkan senarai penuh calon GPS itu berkata, GPS pada PRU-15 ini turut mengemukakan dua wanita yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Rodiyah Sapiee adalah seorang jurutera dan Dato Sri Doris Sophia Brodi adalah Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), katanya pada sidang media mengumumkan senarai calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jalan Bako, di sini.
KUCHING / 03/11/2022
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berikrar bekerja keras memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Petra Jaya yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. "Saya juga berikrar akan terus memperjuangkan pembangunan dan kesejahteraan penduduk di Petra Jaya jika diberi mandat sekali lagi pada PRU ke-15 ini," katanya dalam kenyataannya hari ini.
KUCHING / 02/11/2022
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM8 juta kepada Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) bagi menjalankan pelbagai program penyelidikan dan pembangunan insan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan membolehkan SIDC beroperasi pada Disember 2024. Ia turut mewujudkan peluang kepada sainstis Sarawak untuk memberi sumbangan kepada pembangunan industri bioperubatan di negeri ini apabila pulang nanti, katanya.
BINTULU / 02/11/2022
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) akan membangunkan kawasan seluas 404 hektar (1,000) ekar di Taman Perindustrian Samalaju di sini. Kawasan itu untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kawasan seluas 40 hektar (100) ekar yang merupakan sebahagian daripada kawasan terbabit dijangka siapa pada hujung tahun 2023.