NOVEMBER 2023

Majlis GPS Backbenchers Night

/ 30/11/2023

Premier Sarawak  YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg serta isteri YBhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani bt Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir memeriahkan lagi Majlis GPS Backbencers Night sebagai tanda kejayaan dan penghargaan kepada ahli Backbencers GPS pada persidangan DUN ke-19 bertempat di sebuah hotel di Kuching.

Sarawak Komited Jadi Sebahagian Rantaian Bekalan Global Ekonomi Islam

/ 29/11/2023

Sarawak komited untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, permintaan untuk barangan dan perkhidmatan Halal dijangka meningkat dengan perbelanjaan global diramalkan mencecah 2.8 trilion Dolar Amerika Syarikat (USD) menjelang tahun 2025.

Hargai Sumbangan Penjawat Awam, Kerajaan Sarawak Umum Bonus

/ 29/11/2023

Kerajaan Sarawak mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan berita baik itu berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan penjawat awam Sarawak dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat.

RM30 Bilion Dilulus, Biayai 1,104 Projek

/ 29/11/2023

Sebanyak RM30 bilion diluluskan untuk membiayai 1,104 projek pembangunan di seluruh Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Bagaimanapun, Kerajaan Sarawak menaikkan jumlah siling itu kepada RM38 bilion susulan semakan separuh penggal tahun ini selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

PMX Tiba Di Kuching

/ 28/11/2023

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 6.03 petang bagi lawatan kerja di sini. Beliau turut dijadualkan menghadiri Gala Dinner, Global Muslim Business Forum 2023 bersamasama dengan wakil Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama (TYT), Prof. Dr. (H.C.) K.H. Ma’ruf Amin bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini tadi.

Premier, Isteri Hadiri Majlis Makan Malam SHEDA

/ 26/11/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg beserta isteri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan SHEDA malam tadi. Sejurus tiba, Premier dan isteri mengadakan sesi bergambar bersama ahli-ahli SHEDA sebelom masuk ke dewan utama majlis berkenaan. 

Dalam majlis berkenaan, Premier telah menyampaikan hadiah pelbagai kategori kepada para pemenang.

Sarawak Mahu Terokai Ekonomi Biru

/ 22/11/2023

Sarawak akan merangka Dasar dan Halatuju Ekonomi Biru (SBEP) untuk pembangunan pantai dan ekosistem marin mampan, kata Premier sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, SBEP itu merupakan satu daripada Strategi Pembangunan Pasca Covid Sarawak (PCDS) 2030 untuk memanfaat nilai lautan dan memajukan industri maritim melalui ekonomi biru.

Premier Sarawak Menghadiri CAFEO Ke-41, Terima Anugerah Fellow Kehormat

/ 21/11/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang selamat tiba di Bali bagi menghadiri Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO) Ke-41. Beliau bersama rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di sini pada jam 1.03 petang waktu tempatan.

RUU Ombudsman Sarawak 2023 Lulus

/ 20/11/2023

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Ombudsman Sarawak 2023 selepas bacaan kali ketiga, hari ini. RUU tersebut yang dibentangkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan petang tadi dibahaskan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Awang Tengah ketika membentangkan RUU itu berkata, ia akan membolehkan orang awam melaporkan salah guna kuasa oleh agensi perkhidmatan awam Sarawak dengan lebih telus.

Premier Proposes Trust Fund To Transform Affordable Housing Development

/ 20/11/2023

Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, has put forward an innovative proposal aimed at reshaping the landscape of affordable housing development in the state. During the Housing Development Corporation's (HDC) Golden Jubilee celebration dinner at Penview Convention Centre, Abang Johari suggested the establishment of a trust fund to replace the current obligation for the private sector to allocate 30 per cent of their housing projects to low-cost housing.

SABATI Terima RM 1.3 Juta Untuk Kerja Amal

/ 19/11/2023

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Galeri Laila di Wisma SABATI di sini, pada Ahad. Terdahulu, Premier dan isteri melawat galeri baharu di Wisma SABATI itu dinamakan Galeri Laila sebagai pengormatan kepada pengasas dan Presiden Pertama SABATI Datuk Patinggi (Dr) Laila Taib.

Mesyuarat Pre-Council Persidangan DUN

/ 18/11/2023

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg merangkap Presiden Gabungan Parti Sarawak telah hadir dan mempengerusi Mesyuarat Pre- Council Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Sarawak Kesembilanbelas bertempat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Kuching.

Peruntukan RM1.03 Bilion Untuk Projek Bekalan Air Serian

/ 16/11/2023

Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1.03 bilion bagi projek naik taraf bekalan air di bahagian ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Perkara ini dinyatakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, kesemua projek itu dijangka dapat disiapkan selepas 2025 atas faktor kebolehcapaian ke beberapa kawasan sasaran.

Sarawak Terima Peruntukan Tambahan Ukur Tanah NCR

/ 16/11/2023

Kerajaan Sarawak sudah menerima  peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta dari Kerajaan Pusat bagi melaksanakan pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera  (NCR). Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peruntukan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  diterima awal bulan ini.

Premier Sarawak Dan Isteri Hadiri Jemputan Hari Deepavali

/ 12/11/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri menghadiri jemputan sempena sambutan Hari Deepavali di sini. Kunjungan tersebut merupakan jemputan Deepavali oleh Shankar R.P Asnani di King Curry House untuk makan tengah hari.

Majlis Jamuan Tahunan Iem Cawangan Sarawak

/ 11/11/2023

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari Bin Tun Abang Haji Openg telah hadir ke Majlis diatas bertempat di sebuah hotel di Kuching. YAB Premier Sarawak antara ucapan amanat beliau merakamkan terima kasih diatas sumbangan para jurutera Sarawak dalam membantu  membina infrastruktur di seluruh Sarawak

Premier Rasmi Program TVS Prihatin

/ 11/11/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Penutupan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2023: Wilayah Sarawak di Pullman Hotel di sini, hari ini. Ketika berucap di majlis berkenaan, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak 70 peratus daripada campuran tenaga dihasilkan di Sarawak adalah daripada kuasa hidro.

Inisiatif Kerajaan Tarik Pelaburan Ke Sarawak

/ 10/11/2023

Pelbagai inisiatif yang dilaksana kerajaan menjadikan Sarawak berpotensi sebagai kuasa kemampanan industri mengutamakan Alam Sekitar, Sosial dan Tabir Urus Baik (ESG), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, inisiatif yang dilaksanakan itu seperti gas hidorgen, bahan bakar penerbangan mampan, memajukan bahan makanan ternakan diperbaharui dan banyak lagi yang boleh menjadikan Sarawak sebagai rantaian nilai global penting.

Sarawak Sedia Kerjasama Dengan PETRONAS Terokai Pengeluaran Tenaga Alternatif

/ 08/11/2023

Kerajaan Sarawak bersedia  bekerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam menerokai pengeluaran tenaga alternatif selain minyak dan gas. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana masalah iklim dunia dan  Sarawak juga ada tenaga alternatif terbabit seperti hidrogen.

Sarawak Laksana Inisiatif Tangani Isu Urbanisasi, Kelestarian

/ 07/11/2023

Kerajaan Sarawak  terus menyokong dasar iklim yang bercita-cita tinggi dan merangkumi semua aspek termasuk pelaburan dalam sumber tenaga boleh diperbaharui. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah berkata, disebabkan itu Sarawak sentiasa mengutamakan amalan mampan dalam agenda pembangunan negeri menerusi Rangka Tindakan Sarawak Lestari.

Premier Hadiri Mesyuarat SDG Negara 2023

/ 07/11/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg antara pemimpin yang hadir pada Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Tahun 2023 yang diadakan di Bangunan Parlimen pada Selasa. Mesyuarat berlangsung kira-kira 1 jam itu telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tuanku Sultan Selangor Saksi Regatta Sarawak

/ 05/11/2023

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada petang Abad telah berkenan berangkat untuk menyaksikan Regatta Sarawak di Tebingan Kuching. Tuanku Sultan telah berangkat tiba di sini pada petang Sabtu dari Bintulu setelah berkenaan menyampaikan skrol kepada para graduan sempena konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu sebagai canselor Universiti tersebut.

Rancangan Transformasi Sibu Sarawak Bakal Melonjakan Pembangunan Kepada Kapit, Sarikei, Dan Belawai

/ 05/11/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata Kerajaan Sarawak mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk membangunkan semula bandar Sibu dalam tempoh 15 tahun dijangka bakal memberikan lonjakkan pembangunan kepada tiga kawasan utama, menurut iaitu Kapit, Sarikei, dan Belawai. Semasa merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Sibu sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel Kingwood, Abang Johari menjelaskan bahawa beliau mempunyai Pelan Induk baharu untuk Kapit.

Kemenangan PRK Jepak Mesej Jelas Rakyat Mahu GPS Bangunkan Bintulu

/ 04/11/2023

Kemenangan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak adalah pesanan jelas warga Bintulu mahu Kerajaan GPS terus mengemaskini pembangunan di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara pembangunan itu termasuk Pelabuhan Bintulu yang harus diserah balik Kerajaan Pusat kepada Sarawak.

Sarawak Pilihan MASDAR Abu Dhabi

/ 02/11/2023

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengalu-alukan Abu Dhabi Future Energy Company (MASDAR) untuk menerokai potensi pelaburan di Sarawak. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, di bawah strategi pembangunan ekonomi Sarawak yang menggabungkan kemampanan, pembangunan tenaga hijau diperbaharui terutama tenaga solar, menawarkan peluang pelaburan berpotensi tinggi.

Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Samalaju Greening Projek

/ 02/11/2023

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Haji Openg telah hadir ke Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman ( MoU ) Samalaju Greening Projek antara Sarawak Timber Industry Corporation ( STIDC ), Bintulu Development Authority ( BDA ) dan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd bertempat di sebuah hotel di Bintulu.