KUCHING / 30/08/2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sarawakku Sayang. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dalam waktu sukar ketika ini kita masih dapat merayakan hari yang amat penting bagi negara dan bagi Sarawak sebagai sebahagian daripada sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak Bumi Kenyalang di mana sahaja saudara dan saudari berada. Tahun ini merupakan tahun kedua kita terpaksa menyambut Hari Kebangsaan ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Dalam suasana sebegini kita hanya mampu mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri pada kali ini dalam skala yang kecil tanpa melibatkan penyertaan ramai orang.
KUCHING / 30/08/2021
Rakyat terutama generasi muda digesa supaya menghargai dan menghayati perjuangan serta pengorbanan pemimpin terdahulu yang telah menghadiahkan sebuah negara Malaysia yang kekal aman dan makmur. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inilah legasi pemimpin terdahulu dan rakyat harus meneruskan perjuangan mereka. Semangat persekutuan Malaysia ini harus difahami oleh generasi muda bahawa hanya dengan persefahaman dan semangat kesatuan, mereka berupaya menjadikan negara kekal stabil, maju dan aman damai, katanya dalam perutusan sempena menyambut Hari Kebangsaan esok.
KUCHING / 28/08/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini telah melancarkan Kampus Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) dekat sini. Turut dilancarkan Akademi Minyak dan Gas dan Akademi Palma dan Pertanian. Kampus tersebut merupakan antara langkah Kerajaan Sarawak dalam rangka kerja menyediakan infrastruktur untuk latihan teknikal kepada golongan belia di negeri ini untuk memenuhi keperluan industri, kata Datuk Patinggi Abang Haji Zohari. Beliau berkata kampus ini akan menyediakan latihan teknikal sesuai dengan keperluan industri di kawasan tengah Sarawak termasuk industri pertanian, perladangan dan gas dan minyak.
SPAOH / 26/08/2021
Sarawak akan melangkah kepada fasa seterusnya untuk memberikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun. Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Nengeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pemvaksinan untuk golongan tersebut akan bermula sebaik sahaja menerima arahan seterusnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Kita akan melakukan pemvaksinan kepada golongan berumur 12 hingga 17 tahun tidak lama lagi. “Dianggarkan program ini akan melibatkan kira-kira seramai 96,000 penerima,” katanya.
KUCHING / 26/08/2021
Seramai 9,937 daripada 10,133 atau 98 peratus guru, penolong guru dan pengasuh di bawah pelbagai agensi di Sarawak telah divaksinasi setakat ini. Demikian jelas Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bagi menjawab satu laporan yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan pada Khamis. Beliau menegaskan, kementeriannya bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), PPV UTC dan PPV Majma dalam menjalankan program vaksinasi untuk guru, pembantu guru dan pengasuh.
KUCHING / 24/08/2021
Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM60 juta untuk pelaksanaan Program Bantuan Baja kepada pekebun kecil kelapa sawit dan lada di seluruh negeri. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, program tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 58,000 pekebun. Bercakap semasa majlis pelancaran program tersebut di Kuching pada Selasa, beliau menambah, inisiatif kerajaan itu akan dilaksanakan secara berfasa dan bermula pada Oktober ini. Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah itu menjelaskan setiap peserta akan menerima bantuan sebanyak 12 beg baja.
KUCHING / 24/08/2021
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM5.38 juta untuk memantapkan keberkesanan Pelan Tindakan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) di negeri ini. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan yang diluluskan itu bagi pendapatkan peralatan dan instrumen taktikal berasaskan teknologi ‘artificial intelligence’ (AI). Jelasnya ia seperti mesin pengimbas bahan narkotik untuk diletakkan di pusat-pusat kargo lapangan terbang utama di Sarawak, alat pengesan dadah dan alat pengesan penyalahgunaan dadah.
KUCHING / 24/08/2021
Sarawak akan terus giat mempelbagaikan produk pelancongan menjangkau pelancongan berbentuk hiburan sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS), kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada strategi itu termasuk mengkaji potensi program Sarawak Malaysia Rumah Kedua Ku (S-MM2H) untuk membawa masuk pelancong berkualiti ke Sarawak. Mempromosikan program pelancongan berkualiti seperti MM2H oleh kementeriannya diyakini memberi manfaat kepada sektor pelancongan di negeri ini, katanya pada sidang media di sini. Justeru, warga asing yang mahu tinggal di Sarawak tidak perlu risau mengenai keperluan dan peraturan baharu program MM2H diperkenalkan Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa Oktober 2021 kerana tidak terpakai dalam program S-MM2H, katanya.
KUCHING / 20/08/2021
Kunjungan hormat yang pertama oleh rombongan dari Persatuan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera yang di ketuai IR Tuan Haji Talha Hj Affendi. Ianya bertujuan untuk memberi taklimat berhubung perkembangan semasa Persatuan dan kejayaan mereka membantu melaksanakan projek-projek yang disarankan oleh Kerajaan. Persatuan juga telah menyampai sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Tabung Bencana Covid-19 Sarawak. Kunjungan hormat ke-2 oleh rombongan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad ( KOPERWANIS ) yang di ketuai oleh Pengerusi Puan Norjanah bt Haji Razali. Ianya bertujuan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa KOPERWANIS dan untuk memaklum program perniagaan dan pusat latihan.
MIRI / 18/08/2021
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi mengadakan lawatan kerja singkat ke sini untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat LAKU ( Lembaga Air Kawasan Udara) bertempat di Bukit Selatan di sini. Di waktu sama beliau juga merasmikan majlis penyerahan reservoir Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) berkapasiti 27 MLD di tempat sama. LAKU adalah pihak berkuasa bekalan air negeri yang menyedia dan menguruskan bekalan air di kawasan Utara Sarawak meliputi Bintulu, Samalaju, Miri dan Limbang. Turut hadir Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Khim Shin.
KUCHING / 18/08/2021
Terserah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapa bakal Perdana Menteri Kesembilan, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, apa yang diperlukan telah dihantar ke Istana Negara dan terserah kepada Seri Paduka Baginda. “Kita sudah hantar ke Istana Negara dan terserah kepada Seri Paduka Baginda,” katanya kepada media selepas mengadakan Perjumpaan Khas Bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen GPS di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Bagaimanapun, Abang Johari tidak mendedahkan isi kandungan surat yang dihantar ke Istana Negara.
KUCHING / 16/08/2021
Setakat ini, Sarawak sudah mencapai sedikit kemajuan untuk mengembalikan hak-haknya dan mendapat pulangan hasil yang lebih adil kepada negeri ini dan rakyatnya, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Kejayaan pertama katanya sekarang, negeri mendapat pulangan yang lebih daripada hasil minyak dan gasnya dengan mengenakan Cukai Jualan ke atas minyak dan gas yang dihasilkan daripada bumi Sarawak. Kedua, melalui Perjanjian Penyelesaian Secara Komersial yang dimeterai dengan Petronas, Sarawak sekarang mempunyai hak ekuiti dalam kontrak perkongsian pengeluaran yang dianugerahkan oleh Petronas, katanya semasa melancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat negeri Sarawak di sini.
KUCHING / 16/08/2021
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri bersama-sama seluruh anggota Kabinet berkuat kuasa hari ini. Ketua Whip GPS yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datò Sri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu adalah berlandaskan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. “GPS menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. Kita menjunjung Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan,” katanya dalam kenyataan media.
KUCHING / 16/08/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi ini telah melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Atrium, Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya. Kemudian beliau telah melepaskan konvoi berkereta mengelilingi bandaraya Kuching sempena kempen mengibarkan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Sarawak. Ikuti teks ucapan penuh Datuk Patinggi Abang Haji Zohari seperti berikut:
LIMBANG / 14/08/2021
Bahagian Limbang telah mencapai 88 % pemberian vaksin dos kedua dan boleh diiktiraf sebagai sudah mencapai imuniti kelompok, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Openg ketika bercakap pada sidang media pada penghujung lawatan kerja beliau ke sini hari ini. Datuk Patinggi Abang Haji Zohari berpuashati dengan pencapaian tersebut dan menyatakan Bahagian Limbang seperti bahagian-bahagian lain sudah bersedia untuk beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN). Namun, infrastruktur Internet harus dipertingkatkan kerana perlaksanaan Fasa Ketiga menghendaki isyarat Internet yang lebih pantas supaya aplikasi Mysejahtera boleh dikemas kini oleh mereka yang sudah lengkap divaksin, khususnya sijil vaksin, ujar beliau.
KUCHING / 12/08/2021
Sarawak merupakan satu-satunya negeri menyediakan skim subsidi faedah untuk Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Pemulihan dan Bantuan Bersasar (TRRF) dan Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan demi meringankan beban kewangan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM80.7 juta bagi menyediakan kemudahan ketiga-tiga skim berkenaan untuk manfaat PKS di negeri ini. SRF bertujuan membantu meringankan masalah aliran tunai ditanggung oleh PKS dalam semua sektor kecuali sektor perkhidmatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, katanya semasa melancarkan Anugerah Cemerlang Industri Ketua Menteri di sini.
KUCHING / 12/08/2021
Sarawak menerima penghantaran mingguan bagi bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dari Belgium di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian menerusi hantaran Facebook rasmi miliknya berkata, bekalan tersebut akan diberi kepada rakyat yang masih belum lagi mendapatkan vaksin. Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang layak tetapi belum divaksin, untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam berdekatan untuk mendapatkannya. Beliau berkata lagi, vaksinasi boleh mengurangkan risiko jangkitan yang teruk dan mengurangkan risiko kematian disebakan wabak COVID-19.-EDISI UKAS
KUCHING / 12/08/2021
Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri Sarawak (CMIEA) 2021 adalah program anugerah pengiktirafan korporat yang bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada perniagaan yang cemerlang di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, anugerah tersebut merupakan anjuran Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu juga menjelaskan, CMIEA diterima pakai dari Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) yang mana ia merupakan Anugerah Kecemerlangan Industri peringkat kebangsaan.
KUCHING / 10/08/2021
Sambutan Maal Hijrah 2021/1443H diraikan dengan penuh kesederhanaan namun disambut dengan penuh kesyukuran bagi mengingati sejarah besar umat Islam khususnya di Sarawak ini. Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg turut hadir bagi menyemarakkan sambutan Maal Hijrah yang bertemakan “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Sambutan tahun baharu hijrah ini memberi pengertian yang amat besar di mana penghijrahan Nabi Muhammad dan kaum muslimin berhijrah dari Kota Makkah Ke Kota Madinah. Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapannya menyeru semua rakyat Sarawak khususnya masyarakat Islam berganding bahu bersama kerajaan untuk meningkatkan kehidupan.
KUCHING / 07/08/2021
Sarawakian architects Jascinta Yii and Alan Kueh, practising in Kuching and Melbourne respectively, won the Langit architecture competition. Yii and Kueh’s joint submission is an 18-storey mixed-use commercial building. Eco-friendly with a green facade, the proposal includes public spaces, offices, apartments, plant nurseries — all designed with inter-generational living in mind. Second place went to Just Architecture, third place to MOA Architects, and two honourary mentions to UT Moh Architect and Arkitek LH Wong. Their designs ranged from futuristic vertical farms to 39-storey skyscrapers. Each scheme had different strengths, carrying different messages.
KUCHING / 06/08/2021
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) and Syarikat SESCO Berhad (SESCO), a subsidiary of Sarawak Energy today signed a Power Exchange Agreement and an Interconnection Agreement, marking a historic milestone in the journey towards materialising the Borneo Grid and the wider ASEAN Power Grid. The agreements will pave the way for an initial export of 30MW for a term of 15 years via a 31km 275kV double circuit transmission line which will run from Lawas in Sarawak to Mengalong in Sabah. The interconnection is expected to commence by end 2023, once the grid expansion under the Sarawak Energy’s Northern Agenda has connected Miri to the northern towns of Limbang and Lawas in Sarawak.
KUCHING / 05/08/2021
Projek Pemuliharaan Bangunan Muzium Sarawak telah disiapkan mengikut standard pemuliharaan antarabangsa dengan mempamerkan sejarah pembangunannya dan koleksi alam semulajadi. Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Muzium Sarawak yang telah dibina semasa pemerintahan Rajah Charles Brooke dalam tahun 1981 itu merupakan satu ikon penting kepada pembangunan sosioekonomi negeri ini yang menarik jutaan pengunjung, sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan Bandaraya Kuching. Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan syabas kepada Jabatan Muzium Sarawak kerana telah berjaya mengubahsuai serta memelihara sebuah bangunan lama yang masih utuh dan tersegam megah itu dengan terus menghasilkan idea-idea baharu serta menjayakan beberapa aktiviti melibatkan orang ramai untuk kekal relevan dalam dunia digital ini.
KAPIT / 05/08/2021
Sarawak mampu mencapai imuniti kelompok pada pertengahan Ogos atau September berdasarkan pencapaian pemberian vaksin setakat ini bagi negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Dalam ucapan ringkas kepada penduduk di sini, sebuah perkampungan kaum Kenyah berhampiran perbatasan antara Sarawak dan Kalimantan di Hulu Baleh, beliau yakin Sarawak akan mencapai sasaran tersebut dengan bantuan dan kerjasama semua pihak, termasuk pihak Angkatan Tentera, dan juga sambutan rakyat terhadap program pemberian vaksin di negeri ini. Beliau amat berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan program pemberian vaksin di Sarawak yang mendahului negeri-negeri lain dalam program tersebut. Memetik statistik pemberian vaksin di Bahagian Kapit, beliau berkata bahagian ini telah melebihi sasaran 80 % dengan mencapai 84 % pemberian dos kedua.
KUCHING / 04/08/2021
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengadakan perjumpaan ringkas melalui sidang video (zoom meeting) bersama para atlet dari Sarawak yang mewakili Malaysia ke Sukan Paralympics Tokyo 2020 di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi. Dalam amanat ringkas yang disampaikannya, Ketua Menteri menzahirkan harapan tinggi kepada semua atlet Sarawak agar sentiasa melakukan yang terbaik dalam acara sukan masing -masing seterusnya mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia amnya. Beliau juga berkata, Kerajaan Negeri juga komited dalam menyediakan prasarana yang terbaik untuk semua atlet Sarawak menjalani latihan di masa depan.
KUCHING / 02/08/2021
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) anak syarikat milik penuh PETROSNiaga Sdn Bhd (“PETROSNiaga”) memulakan operasi jualan LPG PETROS di bahagian Kuching sebelum diperluaskan ke bahagian-bahagian lain. PETROS dalam kenyataannya berkata, silinder berisi LPG PETROS kini dijual di kawasan Matang, Petrajaya, Tabuan dan BDC di Kuching. PETROS LPG JC Gas meliputi kawasan Petrajaya dan Matang boleh dihubungi menerusi talian 012 883 0785
- PETROS LPG Min Soon meliputi Tabuan dan BDC (019 888 1924) • Pembayaran tanpa tunai menerusi Sarawak Pay. Maklumat lanjut mengenai PETROS LPG dan kaedah membeli #TongGasKamek, #TongGasKitaiKUCHING / 01/08/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan Hari Bandaraya Kuching ke 33 bertempat di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching pagi ini tadi. Ketika berucap di majlis perasmian berkenaan, Ketua Menteri menggariskan tiga (3) perkara asas penting dalam menjadikan Kuching sebagai bandaraya pintar (Smart City) iaitu : 1. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada rakyat seperti menggunakan perkhidmatan "Devices" dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. 2. Kemampanan (Sustainability) - mengekalkan kehijauan seperti mewujudkan suasana kehijauan, kawasan-kawasan riadah, menanam pokok-pokok dan sebagainya. 3. Pembangunan perumahan yang terancang dan tersusun perlu dilakukan ke arah mewujudkan suasana yang menarik.