OGOS 2022

Abang Johari Bakal Lawat Jepun, Kongsi Pandangan Hidrogen

/ 31/08/2022

Kerajaan Sarawak bersedia menjalin kerjasama dengan pelabur dari luar negarauntuk membangunkan ekonomi hidrogen di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan berkunjung ke Korea untuk mempereratkan kerjasama dengan pelabur di sana. "Pada Oktober, saya akan memenuhi undangan ke Jepun untuk berkongsi pandangan mengenai hidrogen," katanya di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2022 di Betong, hari ini.

Sarawak, Petronas Jalin Kembali Kerjasama Baik

/ 31/08/2022

Sarawak dan Petronas sudah kembali menjalin kerjasama yang baik  untuk memajukan industri minyak dan gas di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama itu kembali terjalin  walaupun Sarawak dan Petronas sudah berhadapan di mahkamah sebelum ini. "Sekarang sudah terjalin kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak untuk memajukan industri minyak dan gas di Sarawak, pada peringkat hiliran dan huluan," katanya.

Abang Jo Terima Kunjungan Hormat Tengku Zafrul

/ 29/08/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini. Kunjungan berkenaan antara lain merupakan kunjungan mesra ke atas Premier Sarawak selain membincangkan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Abg Jo Umum BKSS 9.0 RM1 Bil

/ 29/08/2022

YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 bertemakan "Meringgankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Akibat Inflasi" bertempat di Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi. BKSS 9.0 keseluruhannya bernilai lebih RM1 bilion untuk menanggung kos diskaun bil air dan elektrik, diskaun sewa premis perniagaan dan cukai pintu dari Julai hingga Disember 2022.

Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah, Pampasan Dan Kunci Rumah Darulhana Menjadi Kenyataan - Abg Jo

/ 27/08/2022

Ketibaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg terlebih dahulu melawat rumah KK Haji Anuar bin Samat untuk beliau melihat sendiri rumah baharu tersebut sambil beramah mesra dengan keluarga mereka. Setelah itu, Premier Sarawak berjalan kaki ke tapak Perasmian dengan sambutan secara tradisi Melayu.

Sarawak Taking Concrete Steps To Add Value To Gas Resources: Premier

/ 26/08/2022

Sarawak is taking concrete steps to add value to its gas resources instead of merely depending on the export of LNG from Bintulu, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg said here, today. Sarawak would lose in the long run if gas was not diversified into petrochemical products to expand the value chain and generate the economy, he pointed out. 

MFA Mahu Melabur Di Sarawak

/ 26/08/2022

Persatuan Perabot Muar (MFA) menaruh minat untuk melabur dalam taman industri perabot yang dicadang di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, Muar yang mempunyai kira-kira 800 pengusaha perabot adalah hab perabot terbesar di Malaysia yang menyumbang lebih RM7 bilion atau 60 peratus daripada perolehan eksport perabot negara yang bernilai RM12.7 bilion pada 2021.

Sarawak Destinasi Pelaburan Menarik - Awang Tengah

/ 26/08/2022

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia International Chambers of Commerce and Industry (MICCI) di pejabatnya, pagi tadi. MICCI, diketuai presidennya Christina Tee diiringi delegasi Sarawak Chamber of Commerce and Industry (SCCI) yang diketuai presidennya Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg. Dalam pertemuan lebih satu jam tersebut, pelbagai isu dibincangkan terutama usahasama melibatkan ahli SCCI, MICCI dan pelaburan di Sarawak.

RM 4 Bil Sukuk Issuance Proof Of Investors’ Confidence In Sarawak’s Economy: Premier

/ 23/08/2022

The successful issuance of RM4 billion worth of sukuk funding by bankers to fund the Sarawak Petrochemical (Sarawak Petchem) methanol plant in Tg Kidurong, Bintulu is a testimony of investors’ confidence in the economy of Sarawak as a whole, Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg said yesterday in Bintulu. The Premier said this in his speech to mark the delivery of the plant modules and their installation and the symbolic presenting of investment funding by the bankers.

BAGSF 2 A Milestone In Sarawak’s Gas Roadmap

/ 22/08/2022

Today marks another milestone in Sarawak’s roadmap to increase its downstream activities in the O & G sector with the proposed setting up of Petronas’ additional gas sales facility at Tg Kidurong near here. The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg today officiated at earth breaking ceremony of the Bintulu Additional Gas Facility (BAGSF 2) that would supply gas as feedstock to Sarawak Petchem ethanol plant at an adjacent site as well as to Sarawak Energy’s power plant in the vicinity.

YAB Premier Sarawak Rasmi Esplanade Simunjan

/ 20/08/2022

Acara Perasmian di mulakan dengan Taklimat Pembangunan Daerah Simunjan oleh pihak JKR Sarawak dan disusuli lawatan ke Tapak Pameran daripada agensi-agensi kerajaan. Setelah lawatan, YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg ke pentas utama dengan sambutan penuh kegembiraan daripada hadirin yang hadir. Dalam ucapan amanat, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada penduduk Daerah Simunjan yang telah mendapat Esplanade baharu yang bernilai RM1.25 Juta.

Seramai 138 Orang Penerima Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Limbang

/ 18/08/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmtan Setia yang bertempat di Purnama Hotel pagi ini. Hadir sama di majlis tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki. Dalam majlis kali ini, seramai 138 orang menerima pingat perkhidmatan setia daripada pelbagai jabatan dan agensi yang merangkumi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Peranan Sarawak Dalam Perjanjian Grid Kuasa Asean Dibincang

/ 18/08/2022

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra, di sini. Kunjungan itu untuk memberi taklimat kepada Perdana Menteri berhubung Perniagaan Sarawak di ASEAN dalam Sektor Tenaga Diperbaharui. Antara perkara dibincang ialah peranan Sarawak bagi memenuhi komitmen Malaysia dalam Perjanjian Grid Kuasa Asean yang ditandatangani 2007.

Peruntukan Bina Taman Perindustrian Dibincang

/ 17/08/2022

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan Ketua Setia Usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali. Dalam kunjungan lebih satu jam itu membincangkan isu berhubung pembangunan industri seperti peruntukan untuk pembinaan taman perindustrian kepada Sarawak. Pertemuan tersebut turut membincangkan perancangan usahasama yang lebih untuk meningkatkan pelaburan ke Sarawak.

Sarawak Energy, CIDB Bina Keupayaan Pekerja

/ 16/08/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan memberi sokongan penuh kepada pihak yang sentiasa berusaha membangunkan keupayaan rakyatnya. Beliau berkata, untuk membangun tenaga kerja berkemahiran termasuk pekerja dalam sektor pembinaan, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak sentiasa melabur dalam meningkatkan kemudahan latihan seperti Pusat Kecemerlangan Teknikal (CENTEX) dan institusi seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Usaha Sarawak Tangani Covid-19 Dipuji

/ 15/08/2022

Usaha dan pengurusan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) menangani pandemik Covid-19 mendapat pujian daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketua Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad berkata pengurusan hebat kerajaan negeri itu dijadikan contoh terutama dalam melaksanakan program vaksinasinya.

Kibaran Jalur Gemilang Melintasi Jambatan Darulhana

/ 13/08/2022

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Openg tiba di Tebingan Kuching dengan menunggang sendiri motosikal untuk merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibaran Jalur Gemilang 2022 peringkat Negeri Sarawak. Setelah ketibaan, YAB Abg Jo turut serta bersama hadirin melakukan senaman Zumba sebelum beliau menekan butang Pelancaran Berjalan bersama ratusan pembawa bendera jalur gemilang  melintasi Jambatan Darulhana ke Artirum Dewan Undangan Sarawak untuk ke acara Pelancaran Bulan Kebangsaan.

Lapangan Terbang Baharu Lawas Guna Tenaga Hijau Manfaatkan Penduduk

/ 12/08/2022

Lawas memerlukan lapangan terbang baharu yang lebih besar, mesra pengguna selain menggunakan tenaga hijau untuk memberi manfaat kepada penduduk bahagian itu dan kawasan sekitar. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain itu, lapangan terbang itu juga akan memberi perkhidmatan kepada kawasan yang lebih besar terutama ke bahagian-bahagian lain di Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.

Kemudahan Lebuh Raya Sarawak Bakal Bertaraf Dunia - Premier

/ 07/08/2022

Pembukaan Seksyen Pujut bagi Pakej Kerja Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link (WPC11) kepada orang ramai hari ini merupakan bukti Kerajaan Sarawak menunaikan janji kepada rakyatnya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi pembukaan seksyen tersebut, hasrat rakyat Sarawak untuk menikmati kemudahan lebuh raya bertaraf dunia bakal menjadi kenyataan. "Pembukaan seksyen ini memberi manfaat kepada penduduk terutama dapat memberi kemudahan kepada pengguna berulang alik dari Miri ke Limbang, Sibu dan Kuching.

Kerjasama Berterusan Kerajaan Sarawak Pacu Pembangunan - Abang Jo

/ 07/08/2022

Kerajaan Sarawak akan terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan arus pembangunan yang berterusan di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata kerjasama antara kedua-dua kerajaan amat erat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Ucapan Penuh YAB Premier Sempena Perasmian Penutupan Jelajah Keluarga Malaysia Sarawak 2022

/ 07/08/2022

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke Kuching sekali lagi - kali ini bersempena Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sarawak pada pagi yang berbahagia ini. Bagi pihak rakyat Sarawak, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah memberi penghormatan kepada Sarawak untuk menjadi destinasi ketujuh bagi Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak 2022 selepas negeri Johor, Perlis, Sabah, Trengganu, Perak dan Kelantan.

ART To Befit Kuching As Modern City: Premier

/ 06/08/2022

Kuching city must have a modern public transport to serve the city people and those in the greater part of the city befitting its status as a modern city, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg said here, today. A modern public transportation system is the hall mark of a modern city that Kuching city must have, he said when speaking to officiate at the 34th Kuching City Commemoration Day at Kuching City South Hall (MBKS).

Apresiasi Bersama Pemimpin PBB DUN N26 Gedong

/ 05/08/2022

Premier Sarawak, YAB Datuk  Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Openg serta isteri Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang bersama barisan kepimpinan parti PBB DUN N26 Gedong meraikan Majlis makan malam Apresiasi sempena program Randau Kempimpinan DUN N26 Gedong di sebuah hotel di Kuching.

Agensi Pembangunan Secara Berpusat Dibina Bagi Permudahkan Pembangunan Bahagian Di Sarawak

/ 04/08/2022

Dalam memastikan Sarawak terus membangun, setiap bahagian dan daerah di negeri ini akan terus diberikan perhatian sama rata dalam pembangunan. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, ketika ini telah ada beberapa agensi telah pun diwujud dan dilaksanakan seperti Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Betong dan Delta Rajang. “Konsep pentadbiran sekarang ini dipusatkan dengan kita kuasa dari bawah dan cara kita membangunkan ialah dari bawah ke atas.

Kerajaan Sarawak Punyai ‘Master Plan’ Jangka Panjang Bangunkan Daerah Limbang

/ 04/08/2022

Kerajaan Sarawak mempunyai ‘master plan’ dalam membangunkan daerah Limbang ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, master plan ini bagi tempoh jangka panjang dengan menyediakan insfrastruktur yang baik selepas siapnya Jambatan Limbang, waterfront Limbang dan jaringan jalan raya yang baik. “Memang kita ada cadangan pula kalau dah siap jambatan kita hendak mengadakan master plan yang baharu untuk Limbang.

Kemajuan Fasa 1 Projek LPB Sarawak Capai 84 Peratus

/ 04/08/2022

Fasa satu bagi pembangunan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak kini mencapai 84 peratus siap setakat Jun 2022. Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof memberitahu, fasa 1 bagi projek ini yang bermula dari Telok Melano ke Miri sepanjang 786 kilometer (km) dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023. Beliau menjelaskan, beberapa pakej dan seksyen telah dibuka untuk pengguna jalan raya secara berperingkat seawal 2019.

Premier Sarawak Meriahkan Persembahan Muzikal Sarawak Harmoni Pemimpin Berjiwa Rakyat ‘Di Sini Lahirnya’

/ 04/08/2022

Buat julung kalinya Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) di bawah Majlis Seni Sarawak (MSS) telah mengadakan persembahan Muzikal Sarawak Harmoni Pemimpin Berjiwa Rakyat ‘Di Sini Lahirnya’ di Bahagian Limbang pada Rabu. Persembahan ini dibuat khas untuk Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg bersempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-72 tahun dan sempena Perasmian Muzium Limbang pada Khamis, 4 Ogos 2022.

Pesta Nukenen Bario Beri Impak Kepada Pelancongan Sarawak

/ 03/08/2022

Pesta Nukenen Bario atau lebih dikenali sebagai Pesta Makanan Bario merupakan salah satu tarikan pelancong dan akan memberikan impak kepada sector pelancongan di negeri ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kehadiran pelancong ke kawasan Bario ini secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan penduduk. “Kemasukan para pelancong dari dalam dan luar negeri Sarawak ini akan membantu dalam meningkatkan pendapatan penduduk melalui hasil jualan makanan dan barangan kraftangan.

Contohi Piagam Madinah Dalam Mentadbir Masyarakat - Abg. Jo

/ 03/08/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir merasmikan Surau Darul Ehsan Tun Datuk Abang Haji Openg petang ini tadi. Ketika berucap dalam majlis berkenaan, Abang Johari berkata dalam mentadbir masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Sarawak, Piagam Madinah  dapat dijadikan asas kepada pentadbiran Sarawak berintegriti dan adil kepada rakyatnya mampu menjadikan Sarawak wilayah maju.