KUCHING / 31/08/2023
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg reaffirmed the commitment of the Sarawak government towards the non-politicization of education, highlighting its importance as a tool for progress and advancement for the state and its people. Speaking at the closing ceremony of the 10th Malaysian Chinese Independent Schools ball games championship 2023 held at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Premier Abang Johari stressed the significance of prioritizing education for its intrinsic value rather than using it as a political platform.
MUKAH / 31/08/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 hari ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Dato Fatimah Mohd. Iskandar, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023 Dato Sri Fatimah Abdullah.
MUKAH / 31/08/2023
Kestabilan politik Sarawak memberi ruang kepada negeri melakar hala tuju yang jelas dalam pelbagai aspek pembangunan terutama ekonomi melalui Strategi Pembangunan Pasca-COVID 2030 (PCDS2030). Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejak 2017 pelbagai usaha dilaksanakan menerusi pembangunan digital, infrastruktur, sumber manusia dan pendidikan, penjanaan tenaga boleh diperbaharui, penyertaan dalam sektor minyak dan gas di samping meneroka bidang-bidang baharu khususnya ekonomi hijau, ekonomi hidrogen, perniagaan karbon dan Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).
KUCHING / 28/08/2023
Pembangunan sektor agropelancongan akan mengwujudkan lebih banyak peluang keusahawanan kepada rakyat di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, sektor itu selain membangunkan industri pertanian ia turut mengwujudkan peluang membangunkan inapdesa, jurupandu pelancong dan produk pertanian hiliran.
BERGEN / 24/08/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lawatannya ke Norway terdahulu bagi mengkaji tabung kekayaan berdaulat dan pesaraan membuahkan hasil yang diidamkan. Abang Johari melawat Norway kira-kira setahun lalu untuk mendapatkan maklumat berkaitan tabung kekayaan berdaulat Norway dan hasilnya ordinan Tabung Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak (SWFF) berjaya digubalkan.
STOCKHOLM / 23/08/2023
Kerajaan Sarawak akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan Kerajaan Sweden dalam pengurusan Sisa Buangan-Kepada-Tenaga (WTE). Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif seumpamanya amat signifikan dalam usaha mencari penyelesaian sistem pelupusan sampah yang lebih mampan di Sarawak. Katanya, Sweden sudah maju dalam WTE dan terbukti berjaya menjana tenaga dari sisa pepejal itu berbanding negara Eropah lain.
KUCHING / 23/08/2023
Barangan kraf berkualiti tinggi, unik, asli, bercirikan budaya dan tradisi akan mendapat permintaan serta mampu bersaing di peringkat global pada harga yang kompeitif. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, justeru pengusaha tempatan harus berusaha menggunakan mesin dan teknologi untuk menghasilkan barangan kraf yang bermutu tanpa mengetepikan keasliannya.
KUCHING / 23/08/2023
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki menyampaikan sumbangan UNIFOR kepada rumah ibadah di kawasan Satok iaitu Persatuan Tokong Sikh Sarawak berjumlah RM650,000 untuk membaik pulih dan menaik taraf yang diterima oleh pengerusinya, Dr Kalwinder Singh Khaira. Turut menerima sumbangan berjumlah RM50,000 ialah Borneo Evangelical Mission (SIB) Praise untuk pembangunan gereja BEM Praise Velley Satok yang diterima pengerusinya, Chiwi Ngang.
STOCKHOLM / 22/08/2023
Mencontohi model amalan terbaik institusi Ombudsman Sweden adalah langkah tepat bagi memastikan tadbir urus yang baik, telus dan berintegriti di Sarawak. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari yakin institusi tersebut adalah contoh terbaik untuk diikuti susulan ia adalah antara yang tertua di dunia sejak 1809.
KUCHING / 19/08/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah hadir merasmikan Majlis Pembukaan Yayasan Kebudayaan Sarawak (DCF) dan Dewan Perdagangan dan Industri Dayak (DCCI) di sini pada Sabtu. Sejurus tiba, Premier telah disambut mesra oleh warga DCF dan DCCI.
PUTRAJAYA / 17/08/2023
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) diketuai menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn, mengadakan kunjungan terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Fadillah Yusof di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri, Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap, Azmi Bujang, Setiausaha Politik kepada Premier, Damien Rejek dan pegawai MEITD.
KUCHING / 17/08/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyaksikan majlis mengangkat sumpah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN),Tan Sri Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri berkuat kuasa pada hari ini sehingga 17 September ini. Istiadat angkat sumpah tersebut berlangsung di Bilik Menghadap Utama Astana Negeri, Petra Jaya pada jam 4 petang.
KUCHING / 16/08/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Rabu. Hadir sama ialah isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
KUCHING / 15/08/2023
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menggesa pemain industri perkayuan di negeri ini memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk mentransformasi industri itu menjadi industri nilai tambah tinggi. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi PUSAKA, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini akan memastikan industri itu terus memainkan peranan penting dalam membangunkan sosio-ekonomi Sarawak.
KUCHING / 14/08/2023
The Sarawak State Assembly on 22nd November 2022 passed the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Ordinance, 2022 (the “Ordinance”) to establish a body corporate to be the custodian of a State Fund, known as Sarawak Sovereign Wealth Future Fund (“the Fund”). Its key objective is to safeguard and invest monies in the Fund for its sustainable growth and maximum return, in the interests of the State and the future generations of the peoples of Sarawak.
TANJUNG MANIS / 13/08/2023
Hotel bertaraf tiga bintang akan dibina di Belawai manakala padang golf akan dibangunkan di Tanjung Manis sebagai usaha menaik taraf Tanjung manis sebagai destinasi pelancongan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, prasarana itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Kajian Malaysia (RMK-12) seiring kewujudan prasarana yang lain.
MIRI / 08/08/2023
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang menyelaras dan membangunkan Pelan Tindakan Biomas Kebangsaan 2022-2025 yang meliputi biomas dari ladang, perhutanan, pertanian, penternakan dan perikanan, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pemprosesan dan penggunaan biomas daripada agrikomoditi secara sistematik untuk produk bernilai komersial akan menjana pendapatan baharu dan mentransformasikan rantaian ekonomi industri kelapa sawit.
SIBU / 07/08/2023
Kerajaan Sarawak melabur dalam pembangunan modal insan untuk memastikan rakyatnya dilengkapi dengan kemahiran. Ia bertepatan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah purata kepada RM15,000 sebulan menjelang tahun 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kajian Suruhanjaya Statistik Malaysia (DOSM) menunjukkan Sarawak berjaya mencapai peningkatan pendapatan bulanan isi rumah secara keseluruhan RM3.9 bilion pada 2022, berbanding RM3.7 bilion (2019).
KUALA LUMPUR / 07/08/2023
Menjunjung Kasih Tuanku KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas perkenan menerima patik dan rombongan menghadap di Istana Negara siang tadi, untuk Sembah Taklimat Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku yang melibatkan kembara baginda melalui jalan darat melalui Lebuhraya Pan Borneo pada September 2023
SIBU / 06/08/2023
Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg reaffirmed his commitment to transform Sibu into a modern town, pledging to spare no expense in the ambitious redevelopment project. Speaking at the 'Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Komuniti Sibu' event, Abang Johari emphasized the need for a wholehearted approach in the endeavor, declaring, "Jangan alang-alang (Don't be half-hearted). If it costs billions of ringgit, we will find a way to get those billions of ringgit."
SIBU / 06/08/2023
Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg emphasized the crucial role data analysts and technology experts will play in shaping Sarawak's future. He firmly stated that "data is the new ‘oil’ of the future," and thus, Sarawakians must equip themselves to harness this valuable resource.
KUCHING / 06/08/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hadir merasmikan salah satu komponen bangunan komersial Hikmah Exchange (HE), Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) bertempat di Hikmah Exchange di Jalan Haji Taha malam tadi.
PUTRAJAYA / 03/08/2023
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg adalah antara pemimpin kerajaan yang menemani Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Sultan Brunei di sini pada Khamis. Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddin tiba di ibu negara semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke negara ini.
KUCHING / 03/08/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari, Premier Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Kuching pagi tadi. Turut hadir bersama Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, Encik Jaafar Jantan, Pengarah Penerangan Sarawak, Datuk Mancha Ata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tuan Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak & Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi.
SEOUL / 03/08/2023
OCI Holdings merancang untuk melabur RM2.8 bilion sebagai dana tambahan bagi menghasilkan polysilicon dalam industri semikonduktor di Sarawak. Pelaburan itu dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan projek itu di Sarawak sebelum ini dalam mengembangkan penghasilan polysilicon untuk industri solar. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika mengetuai delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan terhadap Pengerusi OCI Holdings, Lee Woo Hyun di ibu pejabat OCI di Seoul, Korea Selatan pada Rabu mengucapkan terima kasih kepada pihak OCI atas pelaburan lebih RM8 bilion di Sarawak.
TOKYO / 03/08/2023
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Jepun, semalam mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Pelabuhan dan Dermaga, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pelancongan Jepun (MLIT), Inada Mashiro di ibu pejabatnya di sini. Hadir sama Pengarah Pejabat Perancangan Dasar Antarabangsa, Biro Pelabuhan dan Dermaga Jepun, Maeda Kei.
KUCHING / 02/08/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penanaman Buluh Secara Komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaaya ini. Seluas lebih kurang 10,000 hektar ladang buluh komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti dirancang untuk dibangunkan di negeri ini.
KUCHING / 01/08/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg bekata kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha untuk menjadikan Kuching sebagai bandaraya yang lestari dan berdaya huni. Beliau berkata ini termasuk menaik taraf infrastruktur bandar, termasuk kemudahan awam, tebingan sungai Kuching (Waterfront), serta kawasan lain di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).