OKTOBER 2021

Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Julau Bakal Dapat Sijil Siap Kerja, Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

/ 28/10/2021

Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Julau kini berada pada fasa terakhir untuk mendapatkan Sijil Siap Kerja. Pengurus Projek Pakej Kontrak Kerja 07 (WPC07), Pejabat Zon Tengah, Unit Lebuh Raya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR), SyahruI Ismadi Ismail berkata, jajaran itu dijangka dibuka tidak lama lagi. Katanya, jajaran Julau merupakan salah satu daripada tiga jajaran di bawah Pakej Kontrak Kerja 07 (yang meliputi kerja-kerja pembinaan dari persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau dan lapangan terbang Sibu  ke Jambatan Sungai Kua termasuk Jambatan Batang Rajang).

Covid-19: Kerjasama Erat Pulih Ekonomi BIMP-EAGA

/ 28/10/2021

Pemimpin Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina – BIMP-EAGA) mengukuhkan komitmen untuk menangani kesan Covid-19 secara bersama-sama dengan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, BIMP-EAGA akan meningkatkan peranannya sebagai kumpulan membangunkan ASEAN. “Pemimpin bersetuju mengeratkan kerjasama dalam memulihkan BIMP-EAGA dengan strategi Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN, katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Sidang Puncak BIMP-EAGA Ke-14 secara maya di sini.

Datuk Patinggi Abang Zohari Openg Hadir Ke Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kedua (ICOSSH)

/ 27/10/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hadir ke Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kedua (ICOSSH) 2021 bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini. Penubuhan Kerusi Tok Nan  oleh Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu adalah  bagi meneruskan legasi Allahyarham Tok Nan yang terkenal dengan kasihnya kepada Sarawak, rakyat tempatan, budaya, tradisi dan alam semulajadi di Bumi Kenyalang.

Kukuhkan Semangat Keluarga Malaysia, Parlimen Petra Jaya Hulur Sumbangan

/ 24/10/2021

Penerima Bantuan Galakan Pendidikan Pengajian Tinggi P.194 Petra Jaya menyifatkan sumbangan yang diterima dapat membantu meringankan beban kewangan. Rata-rata penerima bantuan terdiri daripada pelajar di kawasan Parlimen Petra Jaya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka menzahirkan terima kasih dan bersyukur atas bantuan yang diterima untuk membantu membiayai perbelanjaan pengajian nanti.

Abang Jo Lawat Dan Santai Di Pasar Kampung Bako

/ 24/10/2021

CM Abang Jo meluangkan masa hujung minggunya bernaungkan  cuaca yang cukup cerah kebiruan mengizinkan beliau melawat Pasar Kampung Bako petang ini tadi. Sejurus ketibaan, Abang Jo sempat beramah mesra bersama peniaga-peniaga kecil tempatan dan penduduk sekitar sambil bertanyakan khabar mesra sambil menyelami denyutan nadi rakyat sekitar Kampung Bako. Abang Jo kemudiannya menaiki bot menelusuri Sungai Bako sambil meninjau permasalahan penduduk setempat.

Abg Jo Launches Hybrid City Alliance

/ 22/10/2021

Chief Minister Datuk Patinggi Abang Zohari Openg officiated  the Hybrid City Alliance at ‘Meet in Malaysia @ Sarawak’ roadshow today. Held in Imperial Hotel Kuching, this roadshow was a collaboration between Business Events Sarawak (BESarawak) and Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB). BESarawak and the business events industry making Kuching as a member of the Hybrid City. This Alliance is a strong point for the Sarawak Government as the Post Covid Development Strategy (PCDS) 2030 pinpoints digital transformation as an enabler to expedite economic growth, social development, and environmental sustainability.

Abang Jo Lancar SADA

/ 21/10/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi telah melancarkan Sri Aman Development Agency (SADA) sebagai sebuah badan yang merancang dan melaksanakan pembangunan Bahagian Sri Aman secara berintegrasi. SADA dipengerusikan oleh Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Ahli Parliamen BatangLupar dengan ahli-ahli terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Mong Dagang, Dato Hajah Simoi Peri dan Datu Indit Bangai, Residen Sri Aman.

ADUN Asajaya & ADUN Sebuyau Tinjau Projek Naik Taraf Jalan Pesisir Simpang Tambey-Asajaya

/ 21/10/2021

Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama dengan Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi turun padang bagi meninjau projek naik taraf jalan pesisir PA1 di Simpang Tambey ke Asajaya pada Khamis. Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau memaklumkan, projek jalan pesisir sepanjang 12.85 kilometer (km) yang bernilai RM11,888,435 tersebut sepatutnya dijadualkan siap pada 3 Ogos lepas namun setakat ini hanya mencapai 22 peratus.

PRN-12: Sarawak Serah Kepada Yang di-Pertuan Agong Tetapkan Tarikh

/ 21/10/2021

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menafikan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam masa terdekat untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) diadakan. Menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Pelancaran Sri Aman Development Agency pada Khamis, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh PRN-12 diadakan. “Bukan kuasa saya. Saya tidak dapat memberitahu anda secara terperinci,” jelasnya.

Insentif Kewangan Bantu Pulih Industri Pelancongan

/ 19/10/2021

Kementerian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melaksanakan tujuh insentif bantuan kewangan  melalui pakej bantuan secara konsisten sejak tercetus pandemik Covid-19. >Insentif itu ialah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020, Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia 2021 (PERMAI), Pakej Belanjawan 2021, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 2021, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021 dan Geran Khas Perihatin 2021.

Majlis Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul

/ 18/10/2021

Majlis kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak diadakan di Masjid Jamek di sini, malam ini. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan surah Yassin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. >Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis tersebut.

Mangsa Ribut Terima Bantuan Segera

/ 16/10/2021

Mangsa ribut Isnin lalu, di Kampung No.6, di sini menerima sumbangan untuk membantu membaiki kerosakan rumah mereka. Bantuan itu diterima daripada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Satok. Sumbangan disampaikan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok, Datuk Ibrahim Baki yang mewakili Ketua Menteri di Masjid Darul Hana Patingan, kampung itu di sini.

R&D Hasilkan Produk Inovasi Perkhidmatan Awam

/ 14/10/2021

Ketua Menteri bersetuju dan menyokong cadangan supaya Sarawak memiliki sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menggalakkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu untuk menghasil produk berinovatif. usteru, beliau berpandangan kakitangan awam perlu mencari kaedah menghasilkan produk lebih baik atau perkhidmatan sama ada melalui modifikasi atau penambahbaikan yang boleh memberi impak dan meningkatkan mutu dan produktiviti sesebuah organisasi dan hidup rakyat.

Pemberian Vaksin Dos Ketiga Dan Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Di Sarawak Mulai Hari Ini

/ 13/10/2021

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memulakan pemberian vaksin dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk semua penduduk Sarawak mulai hari ini. Untuk rekod, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rosemawati Ariffin memaklumkan, usaha tersebut adalah bagi memberi perlindungan kepada golongan yang mempunyai masalah sistem imun untuk melawan jangkitan COVID-19.

Sarawak Peruntuk RM10.646 Bilion Belanjawan 2022

/ 12/10/2021

Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM10.646 bilion untuk Belanjawan Negeri 2022, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Daripada jumlah itu, beliau berkata, RM4.046 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM7.509 bilion perbelanjaan pembangunan. Ketua Menteri yang juga Menteri Perancangan Sumber berkata, dengan memperoleh pendapatan RM10.036 bilion dan memperuntukkan RM10.646 bilion sebagai belanja mengurus dan pembangunan, Belanjawan Negeri 2022 akan mengalami defisit RM610 juta.

Peruntukan RM285.47 Juta Untuk BKSS 8.0

/ 12/10/2021

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar. BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah, katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di sini.

Sarawak Terima Pulangan Masuk RM6.8 bilion - Abang Johari

/ 09/10/2021

Kerajaan Sarawak telah menerima pulangan masuk sejumlah RM6.8 bilion bagi tempoh dari 2019 hingga September tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Menurunya, pulangan itu daripada cukai jualan ke atas produk petroleum. “Dengan hasil yang lebih negeri kita mempunyai keupayaan, melalui pelaksanaan pakej-pakej bantuan BKSS, untuk menyerap hentakan pandemik Covid-19, khususnya kesannya kepada rakyat, peniaga kecil-kecilan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya berucap pada Majlis Jamuan Negeri Sempena Hari Jadi TYT Ke-85 di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK), malam ini.

Abg Jo Saksikan Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak

/ 09/10/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri Yang Amat Berbahagia, Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menyaksikan majlis istiadat pengurniaan darjah-darjah kebesaran negeri Sarawak yang bertempat di Dewan Lapau tengahari ini tadi. Mendahului senarai penerima pingat sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak adalah Tan Sri Dato Sri Abang Haji Ahmad Urai yang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran "Datuk Amar", diikuti dengan penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (P.N.B.S.)  yang membawa gelaran Dato Sri. Mengetuai senarai penerima P.N.B.S. yang membawa gelaran Dato Sri  adalah YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri dan beberapa lagi penerima lain termasuklah YB Datuk Lee Kim Shin, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah  serta seterusnya adalah penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (P.G.B.K.) yang membawa gelaran "Datuk" adalah YB Abdullah bin Haji Saidol.

Grid Bekalan Air Dilaksanakan Pada 2025

/ 07/10/2021

Sarawak akan mula membangunkan sistem grid air negeri menjelang tahun 2025 untuk membolehkan negeri ini mengurus bekalan air dengan berkesan kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli berkata, projek takungan air aras tinggi di Matang dan pemasangan paip merupakan sebahagian dalam Program Grid Bekalan Air Sarawak yang diilhamkan oleh Ketua Menteri. Program Grid Bekalan Air Sarawak itu bagi menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh, katanya pada majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bahagian Kuching di sini.

Samsung Engineering To Develop Hydrogen, Ammonia Project In Bintulu

/ 07/10/2021

Samsung Engineering, one of the world’s leading engineering, procurement, construction and project management (EPC&PM) companies, revealed today, that it plans to develop a green hydrogen & ammonia project in Bintulu dubbed H2biscus Project. The project was presented at the “Announcement of Korea Government Hydrogen Economy & Society Development Strategy”, which highlights the Korean government’s hydrogen economy achievements and features. Sungan Choi, President and CEO of Samsung Engineering presented the “Malaysia Sarawak H2biscus Green Hydrogen/Ammonia Project” to the President and the Ministers of the Republic of Korea.

Abg Jo Rasmi Sambutan Ulang Tahun Ke 10 KWPK Sarawak

/ 06/10/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke 10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya pagi ini. Setibanya, Ketua Menteri telah disambut dengan persembahan warna-warni "Intan Payung" dan diikuti oleh ucapan. Seterusnya, majlis turut dimeriahkan penyampaian beberapa Geran Khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada beberapa organisasi kerajaan bagi menjayakan Pelan Tindakan Bersepadu Menangani Isu Dadah dan Substans di Sarawak (MIDS) melalui tadbir urus One Stop Committee MIDS Negeri Sarawak. Antaranya adalah adalah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Chief Minister Attended The Launching of Kuching Smart City Masterplan

/ 05/10/2021

Chief Minister Abang Johari Tun Openg attended the Launching of Kuching Smart City Masterplan (KSCMP) and Memorandum of Understanding (MoU) Exchange Ceremony at Wisma Bapa Malaysia this morning. The Kuching SMART City Masterplan (KSCMP) was planned by Sarawak Multimedia Authority (SMA), the agency tasked to implement the Kuching Smart City Masterplan, has conducted many engagement sessions with the citizens to formulate the masterplan and to derive solutions from it. The Masterplan will help develop Kuching as the first Smart City Operating in Malaysia, aiming to connect citizens with the State government as well as provide better city services.

Jalan Sebuyau/Lingga Siap 2025, Singkatkan Perjalanan

/ 05/10/2021

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi meninjau perkembangan projek jalan raya Sebuyau/Lingga berharga RM495 juta di sini hari ini. Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Sebuyau berkata, kerja-kerja pembinaan jajaran jalan raya Sebuyau/Lingga sepanjang 28.5 kilometer (km) itu bermula pada 5 Januari 2021 dan dijadual disiap pada 4 Mei 2025 (52 bulan). Kos membina jalan raya berkenaan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak dan merupakan salah satu daripada pakej jalan utama kedua Sarawak, katanya

Cabaran Pendidik Abad Ke-21, Pandemik Covid-19

/ 02/10/2021

Para pendidik digesa supaya sentiasa memotivasikan diri dan menanam semangat keyakinan dalam menghadapi cabaaran baharu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, pendidik harus menyesuaikan diri dengan perubahan dan bersikap yakin kerana bidang pendidikan merupakan asas untuk membangunkan negara. “Para pendidik perlu sentiasa memperbaiki diri dan mengamal etika dalam kerjaya pendidikan,” katanya merasmikan Konvensyen Pendidikan Prasekolah 2021 secara zoom di sini.