KUCHING / 30/10/2022
Presiden GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menekankan tiga perkara yang perlu diselesaikan untuk masa depan Sarawak. Menurut beliau, ia merupakan dasar yang diperjuangkan oleh GPS dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketika berucap di Majlis Pelancaran Wanita GPS hari ini, Abang Johari berkata; Kita ada tiga (3) perkara yang belom selesai iaitu: 1) Hak kita di bawah Perkara 112D, yang mana Kerajaan Pusat mesti memberikan geran kepada kita berserta formula.. Kalau Malaysia baik ekonominya, kita kongsi bersama..Kalau susah, kita susah bersama-sama. Ini semangat GPS!
KUCHING / 29/10/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir merasmikan Regatta Sarawak tahun ini bertempat di Tebingan Kuching pagi ini tadi. Selepas ketibaan, beliau telah menyempurnakan Majlis Memperingati Bulan Kanser Payudara dan kemudiannya menyempurnakan majlis “eye dotting” dan penyerahan paddle oleh Temenggong Bahagian Kuching sebagai simbolik perasmian Regata Sarawak tahun ini.
KUCHING / 28/10/2022
Senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diumum pada 3 November ini. Perkara itu disahkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. Menurut Abang Johari, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), turut meletakkan beberapa muka baharu. “Seperti kebiasaan kita akan menampilkan beberapa muka baharu dan orang muda setiap kali pilihan raya umum,” katanya dalam pertemuan dengan Suara Sarawak.
KUCHING / 26/10/2022
Republik Kazakhstan yang sedang giat menerokai teknologi hidro untuk kelestarian tenaganya membuka peluang kepada usahawan tempatan agar terlibat sama dalam pertumbuhan ekonomi republik berkenaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penglibatan usahawan tempatan dalam sektor itu akan menyokong rancangan pembangunan Kazakhstan. Fokus negara terbabit serupa dengan matlamat negeri Sarawak untuk meningkatkan KDNK di samping menggalakkan kelestarian tenaga boleh diperbaharui dan memaksimumkan perkembangan pengdigital, katanya berucap pada Forum Peluang Perniagaan di Kazakhstan di sini.
SINGAPORE / 25/10/2022
As Malaysia’s largest renewable energy provider, Sarawak can play a key role in accelerating the region’s energy transition by working together with her neighbours through the sharing of resources, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Sarawak had immense hydropower potential in the Asean region with initial studies capping the State’s estimated capacity at 20,000MW (20 GW), he said in a keynote address at the Singapore International Energy Week (SIEW).
DARO / 23/10/2022
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Pekan Baru Daro tengahari tadi. Ketika berucap di majlis berkenaan, Premier Sarawak telah menyatakan peranan Rajang Delta Development Agency (RADDA) yang berperanan untuk mengkoordinasikan pembangunan di seluruh kawasan Rajang Delta termasuklah Daro.
KUCHING / 22/10/2022
Data dan inovasi sebagai prinsip asas pelaksanaan PCDS 2030 adalah langkah yang amat bertepatan dengan tuntutan pembangunan era digitalisasi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg. Beliau berkata tidak dapat dinafikan data kini komoditi yang amat bernilai untuk memacu inovasi sekaligus menambah nilai sumber-sumber negeri ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena Majlis Penutupan Rasmi Konvensyen Inovasi Sarawak di sini pada malam Jumaat.
KUCHING / 22/10/2022
Ketibaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg ke Majlis Sambutan Hari Belia Peringkat Sarawak bertempat di Dataran Perayaan, Petra Jaya di sambut dengan riang dan tepukan gemuruh dari lebih dua ribu orang belia dari pelbagai pertubuhan dan persatuan. Dalam amanat beliau mengatakan bahawa salah satu dasar Post Covid Development Strategi ( PCDS ) 2030 melalui bidang Inovasi dan Talent telah menampakan harapan tinggi dengan adanya peningkatan kreatif dan talent yang mereka persembahkan pada acara majlis tersebut.
KUALA LUMPUR / 20/10/2022
Sarawak’s very own oil and gas company PETROS Bhd. achieved a revenue of RM1.2 billion last year to make it a newly-emerging billion-ringgit company, Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg said here last night. The achievement had been a significant feat by a company that was only five years old, he pointed out in his speech in conjunction with the fifth anniversary dinner of PETROS held at BCCK.
KUALA LUMPUR / 20/10/2022
Sarawak merekodkan lebihan dagangan mencecah RM52.7 bilion tahun lalu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, lebihan dagangan itu yang berterusan juga telah berkembang dari 2020. "Malahan, lebihan dagangan itu telah berkembang dari RM36.3 bilion pada 2020 kepada RM52.7 bilion pada 2021," katanya ketika Makan Malam Gala dan Majlis Penganugerahan Foruml Perniagaan Muslim Global 2022, di sini, semalam.
MIRI / 18/10/2022
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak supaya meningkatkan lagi usaha bagi menangani kira-kira 60 peratus projek sakit dalam masa tiga tahun dari sekarang. Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, menyiapkan projek sakit dengan segera adalah menjadi harapan Premier Sarawak dan rakyat di negeri ini. “Saya yakin, kita dapati menangani projek sakit itu melalui usaha bersungguh-sungguh,” katanya berucap pada persidangan pegawai kanan JKR di sini, semalam. Persidangan tiga hari itu dihadiri oleh 151 pegawai kanan.
KUCHING / 18/10/2022
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg merangkap Yang di-pertua Parti PBB dan Pengerusi GPS telah mempengerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB dan Mesyuarat Pemimpin Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertempat di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako petang tadi. Pada sidang media selepas Mesyuarat GPS tersebut, beliau mengatakan bahawa Parti GPS sudah bersedia untuk menghadapi PRU15 dan akan meletak 31 orang calon di semua kerusi PRU15 kelak.
KUCHING / 18/10/2022
An initial funding of RM4 billion had been allocated for the implementation of the first phase of the State Water Grid project as part of the three-phase programme to make water accessible to all the people state-wide, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg said today. To address issues of supply holistically and systematically, the Sarawak Government has introduced the Water Supply Grid System spanning across the whole State of Sarawak, he pointed out.
KUALA LUMPUR / 16/10/2022
Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg setelah tiba dari Lawatan Kerja dari Tokyo terus ke Majlis Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak bertempat di Pusat Pameran dan Ekpo ( Mitec ) Kuala Lumpur pada jam 5 ptg dan Majlis Makan Malam Lan Berambeh bersama TYT Pehin Sri Tun Abdul Taib bin Mahmud serta isteri. YAB Abg Jo dalam Townhall antara lain akan mengambil perhatian dan tindakan diatas semua cadangan dan permintaan para pelajar kita di semenanjung khususnya berhubung kerjasama antara pemimpin Kerajaan dan pemimpin pelajar serta masalah penginapan dan kos Sara hidup mereka di semenanjung.
TOKYO / 13/10/2022
Sarawak’s vision to become a hydrogen hub in the Asian region comes with the necessary steps and action, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg said here, today. He said Sarawak had been in talks with large industries from Japan and Korea that are committed to collaborating with Sarawak to produce hydrogen to power up industries in these countries.
TOKYO / 12/10/2022
Sarawak’s renewable energy generation capacity has provided the State the advantage in attracting foreign investors over other regional competitors, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Openg said here on Monday. In the face of looming climate change crisis and the race towards renewable or green energy, Sarawak is well-positioned to attract foreign investment banking on its huge hydro-power potentials, he pointed out
KUCHING / 11/10/2022
Bangunan Wisma Melayu yang dijadual siap dalam masa 30 bulan akan menjadi mercu tanda baharu negeri Sarawak. Bangunan itu dibina di atas tapak seluas lebih 14.83 hektar (6.5 ekar) di sini membabitkan kos RM73 juta dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan termasuk dewan serba guna berkapasiti 2,000 orang. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembinaan bangunan milik lembaga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)itu merupakan idea mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa Seminar Budaya Melayu Sarawak pada 2007.
KUCHING / 10/10/2022
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan budaya menyerahkan kepada Pengerusinya bagi menentukan bakal calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu diserahkan kepada pucuk pimpinan Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
MIRI / 08/10/2022
Sarawak akan mengusahakan sendiri rizab minyak di daratan yang masih terdapat di sekitar bahagian Miri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini terutamanya di kawasan Selatan Marudi dan berdasarkan kuasa negeri ini di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958).
MIRI / 08/10/2022
His Excellency Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud today conferred the state awards to 38 recipients in conjunction with the 86th birthday celebration held at Grand Ballroom, Meritz Hotel Miri today. Also present at the ceremony were His Excellency’s wife Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg and wife, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
KUCHING / 07/10/2022
Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg telah hadir ke Majlis Perasmian Dewan Haji Baki dan program Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kpg Semeba dan Kpg Tematu bertempat di Dewan Kpg Haji Baki, Kuching. Ketibaan YAB Premier Sarawak di mulakan dengan taklimat Pembangunan Kpg Haji Baki dan sekitarnya.
KUCHING / 06/10/2022
Kunjungan hormat Pertama daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan Yang Terutama, Brian McFeeters ( berdiri lima dari kanan) dan rombongan. Kunjungan hormat kedua daripada Duta Besar New Zealand ke Malaysia, Puan Yang Terutama, Pam Duna ( berdiri empat dari kanan) dan rombongan. Kunjungan hormat ketiga daripada The Malaysian Water Association Sarawak yang di ketuai Pengerusi, Ir Chan Kurt Shian ( berdiri enam dari kanan) dan Jawatankuasa. Turut hadir bersama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Haji Julaihi bin Nawawi, Timbalan -Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YB Datuk Liwan Lagang dan YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi.
KUCHING / 06/10/2022
Susulan lebih banyak sempadan antarabangsa sudah dibuka, hubungan dagangan Sarawak di peringkat global dan dengan New Zealand akan terus meningkat. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, New Zealand adalah negara popular bagi rakyat Sarawak terutama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan sebagai destinasi pelancongan.
KUALA LUMPUR / 05/10/2022
Seramai 19 orang Ahli-Ahli Parlimen daripada Parti Gabungan Sarawak (GPS ) mengadakan perjumpaan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Ibu Negara, Kuala Lumpur, malam tadi. Perjumpaan berlangsung hampir tiga jam itu yang diketuai oleh Datuk Seri Fadilah Yusof, Menteri Kanan Kerjaraya Malaysia yang juga selaku Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut membincangkan isu-isu semasa dalaman parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.
KUCHING / 04/10/2022
Fortescue Future Industries Pty. Ltd. (FFI), Australia, berhasrat melabur dalam pengeluaran hidrogen hijau dan ammonia di Sarawak. Presiden FFI bagi Asia Tenggara, Allard Nooy menyatakan hasrat itu kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Awang Tengah di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
KUCHING / 04/10/2022
Mengajak semua lapisan masyarakat secara menyeluruh menyertai program pembangunan adalah cabaran paling besar dihadapi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi BDDA, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tanpa penyertaan menyeluruh masyarakat projek pembangunan yang dirancangkan akan mengalami kegagalan. Justeru, penyertaan masyarakat dalam projek pembangunan yang dicadang amat penting, katanya berucap pada sesi (makmal) kedua strategi pembangunan BDDA 2030 di sini.