OKTOBER 2023

Premier Sarawak Mengadakan Pertemuan Dengan Presiden IHA

/ 31/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada pagi Selasa telah mengadakan petermuan dengan Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) yang juga merupakan mantan Perdana Menteri Australia, Malcolm Tumbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Center. Pertemuan tersebut diadakan sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 yang diadakan di sini selama tiga hari.

Sarawak Sedia Bangun Grid Tenaga ASEAN

/ 31/10/2023

Sarawak bersedia bekerjasama dengan Indonesia dan Singapura untuk membangunkan Grid Tenaga ASEAN di dasar laut sebagai sebahagian daripada usaha membekal tenaga di wilayah Asia Tenggara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Berucap pada sidang ‘Renewable Hydropower – Powering Sustainable Growth & Asia’s Net Zero’ di sini, beliau berkata, pembinaan Grid Tenaga ASEAN itu merangkumi Grid Tenaga Borneo.

Sales Of Power To Singapore Discussed In Malaysia-Singapore Meeting

/ 30/10/2023

The proposed sales of renewable power from Sarawak to the Singapore were among matters discussed at the bi-lateral meeting between Malaysia and Singapore here today. The meeting was part of the program for the 10th Malaysia-Singapore Annual Leaders’ Retreat hosted by Singapore. Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong was on hand to receive the  Malaysian delegation led by Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim upon arrival at the Istana.

Board Of Guardian Sarawak Sovereign Wealth Future Fund

/ 29/10/2023

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Dr Abang Johari bin Tun Abang Openg telah hadir di Mesyuarat Pertama Board of Guardian Sarawak Sovereign Future Fund di BCCK pagi tadi. "Dana berdaulat dengan jumlah RM8 Billion tersebut di Pengerusi oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjarie bersama ahli-ahli pakar dari Sarawak dan luar negara. Mereka akan mengurus dana pendapatan Sarawak tersebut dengan penuh integriti berdasarkan peraturan dunia dengan membuat pelaburan yang strategik dalam tempoh 20 tahun serta bertanggungjawab melapor kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sarawak" katanya kepada media selepas Mesyuarat.

Sarawak Sedang Cari Tapak Sesuai Tempatkan Anak Tempatan Belajar Di KL

/ 26/10/2023

Kerajaan Sarawak sedang mencari tapak sesuai untuk membina bangunan bagi menempatkan anak watan Bumi Kenyalang yang menuntut di sekitar Kuala Lumpur. Perkara ini dinyatakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, sebaik tapak sudah dikenal pasti, bangunan akan dibina menggunakan peruntukan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Premier Attends MBs’ Meeting, Briefs Sitting

/ 24/10/2023

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg this afternoon were among those attending the Premier/Menteris Besar/Chief Ministers’ Meeting at the Prime Minister’s Office, here. As part of the meeting’s agenda, the Premier was given a slot to brief the sitting on Sarawak’s development over the past 60 years, the way forward as outlined under the Post COVID-19 Development Strategy 2030, Sarawak’s  high income status and the renewable energy development initiatives.

Premier Bersama Anak Sarawak Di LBAS Di Kuala Lumpur

/ 22/10/2023

Premier Sarawak,  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 yang berlangsung di MiTec Kuala Lumpur malam tadi. Hadir sama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Datuk Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof serta isteri Datin Sri Ruziah Mohamad Tahir, Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dato Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian serta isteri, Menteri Kerja Raya Malaysia Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta isteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri dan dif-dif kenamaan yang lain.

Abang Jo Sertai Perarakan Beri Sokongan Moral Kepada Calon GPS

/ 21/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Presiden PBB dan Pengerusi GPS pada pagi Sabtu telah berarak bersama penyokong GPS untuk menemani calon GPS Iskandar Turkee bergerak ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N67 Jepak. Kurang lebih seribu penyokong GPS telah berarak sejauh satu kilometer dari Wisma WI ke Pusat Penamaan calon dalam suasana panas yang terik.

Kejayaan Besar Sarawak Berkat Kestabilan Politik, Keharmonian Kaum

/ 21/10/2023

Rakyat amat bersyukur kerana berkat kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Sarawak berjaya memperkukuhkan kedudukannya bukan sahaja di dalam negara, malah di mata dunia. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh Sarawak sehingga kini, khususnya pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sokongan Padu Rakyat Perlu Untuk Teruskan Agenda Pembangunan

/ 20/10/2023

Sokongan padu rakyat Sarawak amat diperlukan bagi membolehkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meneruskan agenda pembangunan negeri ini. Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuk dari rakyat di Bintulu yang akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Jepak.

Sarawak Simpan Sebahagian Pendapatan Sebagai SWFF

/ 19/10/2023

Sarawak perlu menyimpan sebahagian pendapatan hasil sumbernya sebagai Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak (SWFF). Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini terutama apabila kedudukan kewangan Sarawak semakin kukuh. "Apabila kedudukan kewangan Sarawak semakin kukuh, negeri perlu menyimpan sebahagian daripada hasilnya untuk manfaat generasi akan datang melalui Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak (SWFF),” katanya pada majlis Perasmian ‘High Performance Team’ (HPT) di Royal Perak Golf Club, di sini.

Sarawak Capable Of Doubling Economy By 2030: Premier

/ 19/10/2023

Sarawak is capable of doubling its GDP from RM140 billion in 2022 to RM282 in 2030 as targeted under the Post-Covid Development Strategy 2030 (PCDS 2030) given the vast opportunities for growth in the next seven years, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said here today.

PRK DUN Jepak - Iskandar Turkee Calon GPS

/ 18/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang juga Presiden PBB dan Pengerusi GPS pada Rabu telah mengumumkan Iskandar bin Turkee sebagai calon GPS pada Pilihanraya Kecil DUN 67 Jepak. PRK DUN Jepak bakal diadakan pada 4 November hadapan untuk mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang, Datuk Haji Talip Zulpilip pada 15 September lepas.

Lembaga Pelabuhan Bintulu Sudah Di Serah Kepada Sarawak

/ 16/10/2023

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas penyerahan Lembaga Perlabuhan Bintulu ( BPA) kepada Kerajaan Sarawak dan juga peruntukan bajet tahun 2024 sebanyak RM5.8 Billion tidak termasuk dari setiap Kementerian Persekutuan serta peruntukan Infrastrukur Jalanraya Sabah/Sarawak Link, sektor Pendidikan dan penubuhan pusat Kanser bersama kerajaan persekutuan.

Premier Sarawak, Merasmikan Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Utara Khas Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka

/ 15/10/2023

Yang di-Pertua Parti PBB merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba merasmikan Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Utara Khas sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Suarah Bintulu, hari ini. Tema konvensyen “PBB Teras Kestabilan, Kemajuan dan Kemakmuran Sarawak”.

Sarawak Hargai Kerajaan Madani, Dapat Peruntukan Besar Bajet 2024

/ 15/10/2023

Meskipun peruntukan sebanyak RM5.8 bilion diberikan kepada Sarawak, terdapat peruntukan lain dalam kementerian berkaitan yang turut memanfaatkan negeri ini dalam Belanjawan 2024. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara penting adalah Sarawak mempunyai wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya usaha memperjuangkan hak-hak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963 (MA63) boleh dilakukan berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Petros Gerudi Minyak Pertama Di Darat 113 Tahun Selepas Grand Old Lady (1910)

/ 11/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Perasmian Penggerudian Pertama di Pantai Blok SK433 di Grand Old Lady, Canada Hills Miri hari ini. Aktiviti cari gali minyak dan gas di darat (onshore) dihidupkan semula selaras dengan matlamat kerajaan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Sarawak Bina Pusat Penyelidikan Saintifik

/ 11/10/2023

Kerajaan Sarawak membina bangunan untuk merangsang kerja penyelidikan saintifik di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara bangunan terbabit ialah Pusat Sains Sarawak, Pusat Penyakit Berjangkit dan Pusat Penyelidikan Saintifik.

Kerjasama Penanaman Kenaf Di Sarawak Diperluas

/ 10/10/2023

Lembaga Knaf dan Tembakau Negara (LKTN) sedang meluaskan kerjasama penanaman kenaf di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, kerjasama itu dengan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak.

Premier Adakan Perjumpaan Khas Dengan Ahli-Ahli Parlimen GPS

/ 09/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg malam Ahad telah mengadakan perjumpaan khas dengan ahli-ahli Parlimen GPS di Kuala Lumpur sempena sessi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang. Dalam sessi satu jam tersebut Premier telah berkongsi maklumat dengan ahli-ahli Parlimen tentang perkara-perkara yang melibatkan hak dan pembangunan Sarawak.

Sibujaya Mengalami Transformasi Menakjubkan

/ 07/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan bahawa transformasi di Sibu Jaya memberikan gambaran seolah-olah beliau memasuki sebuah negeri baru. “Sibu Jaya sudah berubah. Sibu Jaya bukan lagi seperti kawasan yang di pedalaman.” "Ini adalah Sibujaya yang telah mengalami transformasi yang ketara. Landskapnya berubah dengan sinar lampu berwarna-warni yang memukau," tambah beliau.

Sarawak Jelapang Padi Baharu Malaysia Pada Tahun 2030

/ 07/10/2023

Hasrat tersebut dinyatakan oleh Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri  Abang Johari Bin Tun Abg Haji Openg setelah mengadakan lawatan kerja dan menerima taklimat daripada pihak UPM Bintulu, Global Farm Biotech yang telah berjaya menghasilkan Padi hybrid baharu di plot perintis di Kampung Lubok Punggur, Gedong.

Premier Sarawak Saksikan Pemeteraian MoU, MoA Antara SIDC & Rakan Kongsi Antarabangsa

/ 06/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyaksikan beberapa upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bertempat di pejabatnya  Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Sarawak's Premier Invites Researchers And Innovators To Contribute To Sustainable Hydrogen Production And Biodiversity Conservation

/ 06/10/2023

Premier of Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg has extended a warm invitation to researchers, innovators, and experts worldwide, urging them to collaborate in the production of cost-effective hydrogen, a vital component in the pursuit of sustainable energy solutions.

Premier Rasmi Persidangan Sains Dan Teknologi Semua Jadi (NaSTeC)

/ 05/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Sains dan Teknologi Semula Jadi (NaSTeC) 2023 di Kuching pada Khamis. Dalam majlis yang sama, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menyempurnakan pelancaran bagi “UNIMAS Sago Research Coffee Table Book”.

Belia 18 Diberi Peluang Suarakan Aspirasi Di Konvensyen Khas PBB

/ 03/10/2023

Sayap Pergerakan Belia 18 akan menghadiri Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong, Ahad ini. Sayap Belia 18 Parti PBB terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 28 tahun merupakan sayap terbaharu parti itu. Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, semua 14 cawangan Parti PBB di zon itu akan menghadiri konvensyen khas sempena perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Sarawak Ke Hadapan Tangani Perubahan Iklim Global

/ 03/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Penutupan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2023: Wilayah Sarawak di Pullman Hotel di sini, hari ini. Ketika berucap di majlis berkenaan, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak 70 peratus daripada campuran tenaga dihasilkan di Sarawak adalah daripada kuasa hidro.

Sarawak Menuju Pendidikan Tertiari Percuma Tahun 2026

/ 01/10/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa pelajar-pelajar Sarawak mungkin dapat mengejar pendidikan tertiari secara percuma di universiti-universiti milik Sarawak menjelang tahun 2026. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa Kerajaan Sarawak mampu menyediakan faedah pendidikan ini dalam masa tiga tahun, merujuk kepada kekuatan ekonomi negeri tersebut.