SEPTEMBER 2021

Abg Jo Turun Padang, Buat Lawatan Tapak Sekolah

/ 29/08/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hadir membuat lawatan tapak pembinaan dan pelaksanaan bangunan baru Sekolah Merpati Jepang yang dijangka siap pada bulan April tahun hadapan. Terlebih dahulu, Ketua Menteri diberi taklimat berkenaan pelaksanaan bangunan baru sekolah berkenaan oleh pihak JKR, dan kemudiannya diikuti dengan majlis ringkas penyampaian cek dari Cawangan PBB N8 Satok yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri kepada pelajar - pelajar baru IPTA dari DUN N8 Satok. Sejurus selepas itu, Datuk Patinggi Abang Zohari seterusnya membuat lawatan ke tapak bagi melihat keadaan semasa projek berkenaan.

Rancangan Malaysia Ke-12 Perkasa Rakyat, Negara - Fadillah

/ 28/08/2021

Dengan menggariskan matlamat ‘Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan’, Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12) dirangka dengan cukup teliti dan hala tuju jelas ke arah mempersiapsiagakan Keluarga Malaysia untuk menikmati taraf hidup lebih baik. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebagai menteri kanan bertanggungjawab terhadap kluster infra beliau komited untuk memastikan penyediaan infrastruktur asas akan diperluas dengan membina jambatan dan menaik taraf 1,400 kilometer (km) jalan berturap luar bandar serta menyiapkan pembinaan 1,150 (km) Lebuh Raya Pan Borneo.

Syarikat China Minat Melabur di Lawas

/ 28/08/2021

Beijing BECA Sci-Tech Co’ Ltd dan Sinopec Engineering Incorporated, China berminat untuk mengadakan kajian geoteknikal sebaik sahaja dibenarkan masuk ke Sarawak. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kedua-dua syarikat dari China itu menaruh minat untuk mengadakan kajian kemungkinan bagi membangunkan projek Bersepadu Petrokimia dan Penapisan di Lawas. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan diberi taklimat oleh oleh kedua-dua syarikat terbabit mengenai kajian kemungkinan membangunkan projek terbabit di Lawas melalui persidangan video.

PPRT Harus Diberi Perhatian Sewajar - Fatimah

/ 28/08/2021

Peruntukan untuk bina baharu dan baik pulih rumah rakyat termiskin (PPRT) sewajarnya harus diberi kepada Sarawak di bawah teras kelima Rancangan Malaysia Ke12 (RMK-12) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sbari Yaakob semalam. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga dan Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, rumah merupakan keperluan asas manusia dan Sarawak masih ramai keluarga miskin memerlukan bantuan bina baharu dan baik pulih rumah. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana antara sembilan fokus untuk RMK-12 memberi tumpuan kepada pembangunan di Sarawak dan Sabah, katanya dalam kenyataan mengulas pembentangkan RMK-12 semalam.

Sarawak Diberi Perhatian Dalam RMK-12

/ 27/08/2021

Rakyat di Sarawak akan mendapat tumpuan lebih besar dan diberi akses kepada pembangunan yang seimbang melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebagai wakil rakyat dari Sarawak, mereka gembira melihat rancangan Malaysia kali ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan untuk membangunkan serta merapatkan jurang sosioekonomi serta pendidikan di Sabah dan Sarawak, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia. “Saya menyambut baik RMK-12  yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Sarawak Mula Laksana Pemberian Dos Penggalak Menjelang Oktober Nanti

/ 26/08/2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan mesyuarat khas Imunisasi dan Pengurusan Pandemik bersama ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pada Ahad. Rombongan KKM diketuai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. >Mesyuarat khas diadakan bertujuan untuk memberi fokus kepada beberapa perkara mengenai pengurusan COVID-19 dan perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Pusat Falak Miri Mula Digunakan

/ 24/09/2021

Pusat Falak Miri berharga RM4.5 juta di Luak Esplanade di sini dibuka dengan rasminya oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Pembukaan rasmi itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada hari ini. Pusat Falak Miri itu dibina berdasarkan empat faktor iaitu pusat cerapan dan takwin, pusat penyelidikan, pusat pendidikan dan perkembangan ilmu falak dan pusat astro-pelancongan. Projek itu siap sepenuhnya pada 13 Julai 2021 dan majlis penyerahan projek daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) diadakan pada 13 Ogos 2021. Pusat cerapan dan takwin di pusat falak itu akan menjadi pusat aktiviti cerapan merangkumi semua objek langit seperti bulan, matahari, planet, bintang, buruj, nebula dan sebagainya.

Tuntutan Pembangunan Jalan Sarawak, Sabah Diteliti Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu

/ 22/09/2021

Tuntutan berhubung pembangunan jalan raya di negeri Sarawak dan Sabah dimasukkan dalam salah satu agenda Rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara tersebut sedang diteliti oleh Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu iaitu salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Khas MA63. Menurutnya, keputusan daripada jawatankuasa itu akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan bersama-sama oleh Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak. “Isu tersebut sebenarnya berkaitan dengan penguatkuasaan Arahan Perbendaharaan (AP) 182 bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sarawak Bakal Beri Vaksin COVID-19 Kepada Remaja 12-15 Tahun Mulai 23 September Ini

/ 21/09/2021

Kerajaan Sarawak dalam perancangan memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang tidak mempunyai masalah kesihatan mulai 23 September ini. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kira-kira 3.2 juta remaja dijangka terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 pada kali ini. “Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa pihaknya akan mengumumkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih hari ini (Selasa). “Program imunisasi tersebut dilakukan sebagai persediaan pembukaan sekolah pada 3 Oktober depan sekaligus memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak Diadakan Secara Hibrid Pada 10 Oktober Depan

/ 21/09/2021

Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini akan diadakan secara hibrid pada 10 Oktober depan. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sambutan HSN peringkat negeri tidak dapat diadakan secara serentak dengan sambutan di peringkat kebangsaan iaitu pada 9 Oktober. Jelasnya, ini disebabkan tarikh itu adalah sama dengan Hari Keputeraan Tuan Yang terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri (YDPN) Sarawak Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud. “Pada peringkat kebangsaan ia diadakan pada 9 Oktober 2021. Kita tidak dapat mengadakannya pada 9 Oktober kerana pada hari itu kita menyambut hari keputeraan Tuan Yang terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19, Persiap Rakyat Melangkah Fasa Endemik

/ 20/09/2021

Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 telah ditubuhkan sebagai langkah kerajaan Sarawak menyediakan rakyat negeri ini melangkah ke fasa endemik. >Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, jawatankuasa itu diwujudkan melalui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dengan kerjasama media lain dalam usaha menyediakan pelan kerja kesedaran awam. “Jawatankuasa ini akan membentuk kertas kerja yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai bagi persiapan melangkah ke fasa endemik,” katanya. Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 pada Isnin, beliau menambah, peranan jawatankuasa itu turut dibantu Jabatan Penerangan, TV Sarawak, RTM dan BERNAMA.

Abang Jo Melawat Kabong

/ 18/09/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg tiba di Kabong hari ini. Setibanya di Kabong, Ketua Menteri telah diberi taklimat pembangunan oleh pelbagai agensi kerajaan mengenai pembangunan di Kabong. Ketika sidang media yang diadakan selepas taklimat pembangunan tersebut, Ketua Menteri menyatakan memgenai beberapa projek pembangunan untuk Kabong termasuklah seperti yang berikut: - 1. Membangunkan Pejabat Daerah yang baru dengan peruntukan kos kira-kira RM 7 juta yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam rangka memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada rakyat. 

Datuk Amar Awang Tengah Wakili Ketua Menteri Dalam Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021

/ 17/09/2021

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada malam Khamis. Datuk Amar Awang Tengah mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada majlis tersebut. Antara kenamaan yang menghadiri acara tersebut adalah Tuan Yang Terutama negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Menteri bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa dan barisan menteri kabinet negeri Sabah. Majlis tersebut menyaksikan tayangan Montaj Khas Malaysia Prihatin dan upacara simbolik menandatangi buku khas sambutan Hari Malaysia 2021.

Teks Ucapan YAB Ketua Menteri Sarawak Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Negeri Sarawak

/ 16/09/2021

Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Bagi pihak rakyat jelata, kola menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun dan Toh Puan di atas kehadiran bersama rakyat sekalian untuk meraikan Hari Malaysia 2021 Peringkat Sarawak pada malam yang ceria ini. Sebagai seorang tokoh yang telah menyumbangkan khidmat bakti kepada negeri dan negara sejak 1963 kehadiran Tun pada malam ini seharusnya membawa pengertian bahawa Malaysia adalah suatu konsep kenegaraan yang kekal dengan matlamat yang satu, iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa yang maju dan dihormati oleh dunia.

65,252 Remaja Sudah Terima Vaksin

/ 16/09/2021

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Haji Openg telah turun padang bagi melihat sendiri program Vaksinasi Remaja bertempat di PPV Dewan MaJma, Kuching. Lawatan ringkas namun bermakna kepada para Remaja dan Ibubapa mereka pada pagi tadi yang terdiri dari pelajar SMV Matang ( 557 org ) dan SMV Kuching ( 408 org ). Program Vaksinasi  Remaja tersebut dikendalikan oleh KKM Jalan Masjid dan KKM Batu Kawa dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Agensi Kerajaan. Pada program tersebut seramai 6,926 org dari 25 buah Sekolah akan menerima Vaksin Jenis Pfizer dan sehingga hari ini, seramai 6606 telah divaksinasi di PPV tersebut.  Jadual pemberian Vaksin adalah 10-16 Sept 2021 utk Dos 1 dan 1-7 Oktober 2021 untuk Dos 2.

Sarawak Chief Minister Attended 9th Chief Minister's Environmental Award (CMEA)

/ 13/09/2021

Sarawak Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg attended 9th Chief Minister's Environmental Award (CMEA) 2019/2020 ceremony held at leading hotel, here. The Sarawak Chief Minister's Environmental Award (CMEA) is a biennial award that serves as an incentive to encourage good stewardship in environmental protection and management among the private and public sectors in Sarawak. This award is the premier environmental award  for business, industry, private and public sectors in Sarawak. During the event, awards were presented to winners of various categories namely Chief Minister's Award for Large Enterpriae, Medium Enterprise, Small Enterprise, Local Authorities, Individuals and Eateries and Food Outlets.

DP Abang Jo Meninjau Aktiviti PPV Di Simanggang

/ 11/09/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi telah mengadakan lawatan singkat ke sini untuk meninjau perjalanan program pemberian vaksin kepada remaja 12-17 tahun. Sejurus tiba di sini beliau dan rombongan terus bergerak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Dewan Suarah di sini di mana beliau juga telah diberi taklimat mengenai program tersebut bagi Bahagian Sri Aman keseluruhannya oleh Pegawai Kesihatan Bahagian, Dr. Euphrasia Bari. Program pemberian vaksin di Bahagian Sri Aman melibatkan seramai  7,083 remaja berumur 12-17 tahun.

Sesi Libat Urus, Pantau Prestasi Projek Lebuh Raya Pan Borneo

/ 11/09/2021

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) terbaharu bagi sektor pembinaan seperti peningkatan kapasiti pekerja, ia berupaya menyuntik peningkatan positif terhadap prestasi pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB). Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan projek LPB turut terganggu akibat penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun lalu. Mengenai aspek operasi pembinaan, kualiti penyenggaraan semasa pembinaan di jajaran Sibu ke Bintulu turut dikenal pasti untuk ditambah baik dengan segera, katanya selepas meninjau Pakej Kerja Pembinaan (WPC) 06, 07, 08, 09 di Sarikei, Sibu dan Bintulu hari ini.

NCP 2030 Pergiat Sektor Infrastruktur - Fadillah

/ 10/09/2021

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan melancarkan Dasar Pembinaan Negara (NCP) 2030 bagi menjamin sektor infrastruktur bergerak ke hadapan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, NCP 2030 yang akan dilancarkan tahun ini adalah garis panduan komprehensif bagi semua pemegang taruh dalam industri pembinaan untuk mendepani kemunculan teknologi dan cabaran baharu dalam negeri dan luar negara. Bertemakan ‘Pendigitalan Sektor Pembinaan’ asas utama NCP 2030 untuk menyesuai dan mengguna pakai trend pada masa hadapan dengan lebih pantas, kata Fadillah dalam ucap utamanya semasa Simposium ‘Cabaran dan Peluang Pembangunan Infrastruktur di Borneo’ di sini. Simposium itu diadakan secara atas talian.

Sarawak Kawal Selia LPG

/ 09/09/2021

Penglibatan aktif Kerajaan Sarawak bersama-sama agensi negeri dalam industi petroleum akan meningkatkan modal insan rakyat dalam sektor berkaitan, industri sokongan seperti pembuatan dan kewangan. >Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, SEDC Energy merupakan entiti yang memainkan peranan penting untuk memperkasakan industri gas dan petrokimia negeri ini. Ia mencerminkan peningkatan menjalankan perniagaan, kata Ketua Menteri. “Dengan peningkatan menjalankan perniagaan hasil daripada pengecualian Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, Sarawak akan terus mengorak langkah mewujudkan ekosistem industri hiliran berdaya saing dan mampu menarik pelaburan,” katanya pada majlis penyerahan Surat Pengecualian Kawal Selia Gas Petroleum Cecair (LPG) di negeri Sarawak kepada SEDC Energy Sdn Bhd di sini.

Pertama Di Malaysia Vaksinasi C19 Remaja Sarawak

/ 08/09/2021

Pada pagi tadi Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Hj Openg turun padang untuk melihat proses program Perlaksanaan Vaksinasi COVID-19 Remaja Sarawak bertempat di Pusat Kesihatan Kpg Telaga Air, Kuching. Pada Sidang Media setelah melakukan lawatan ringkas melihat proses Vaksinasi, YAB Abg Jo memaklumkan bahawa setakat 6.9.2021 Sarawak telah mencapai peratus liputan dos 2 88.9 % (Dewasa Layak) 65.1 % (Seluruh Populasi) "Populasi Remaja 12- 17 Tahun di Sarawak (DOSM 2021) adalah sebanyak 289,200, yang merangkumi (10.3%) dari seluruh populasi Sarawak, 96,400 berusia 16-17 tahun (3.4% populasi penduduk)

BKSS: PKS, Peniaga Mikro Dibantu

/ 07/09/2021

Kerajaan Sarawak sudah menyediakan bantuan keseluruhan bernilai RM5.3 bilion menerusi Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga BKSS 7.0. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pakej itu bertujuan meringankan bebanan yang dihadapi rakyat Sarawak termasuk golongan peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Di bawah pakej BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, melaksanakan lapan program bantuan kepada komuniti perniagaan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sarawak Buka Ruang Niaga Di Pesta Dagangan Dan Perkhidmatan China

/ 07/09/2021

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak turut serta dalam Pesta Dagangan dan Perkhidmatan China (CIFTIS) 2021 di Pusat Konvensyen Kebangsaan, Beijing, China dari 2 hingga 7 September 2021 dengan membuka ruang niaga Sarawak. Ini adalah kali kedua MINTRED menyertai CIFTIS selepas menyertainya secara virtual pada 2020, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri MINTRED, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. China adalah rakan perdagangan utama Sarawak dengan nilai dagangan RM20.2 bilion pada 2020 terutama dalam bidang bahan bakar galian, kimia dan peralatan jentera dan pengangkutan, katanya dalam kenyataan di sini.

JTS, UTM Jalin Kerjasama R & D

/ 06/09/2021

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) hari ini telah memetrai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk merintis kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) melalui penubuhan makmal satelit. >MOU tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah JTS Abdullah Julaihi bagi pihak JTS dan Professor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM bagi pihak UTM sebagai acara sempena Hari Integriti dan Innovasi (HIITS) 2021. Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg bertempat di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Abg Jo Receives Mock Cheque From Sarawak Energy Staff And Company Contribute To Sarawak Disaster Fund

/ 03/09/2021

Chief Minister,  Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg received a mock cheque from Sarawak Energy Berhad (SEB) Staff contribution with a total of RM 100,000.00 and also contributed its centenary celebration budget of RM1million to the Fund for a total of RM 1, 100, 000.00 at his office, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya here. A mock cheque was handed over to Sarawak Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg by Sarawak Energy's Senior Vice President for Corporate Services Hajah Siti Aisah Adenan (second from right). Also present were Sarawak Energy's Chairman Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (second from left), Group Chief Executive Officer Datu Sharbini Suhaili (first from right) and Senior Vice President for Health, Safety, Security and Environment Marconi Madai (first from right).

Lawatan Kerja Abg Jo Ke Tegas Digital Village (TDV)

/ 02/09/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg pagi tadi telah mengadakan lawatan singkat ke Tegas Digital Village (TDV) di Samajaya High Tech Park bagi melihat perkembangan mengenai pembinaan projek tersebut. Bangunan Digital Village yang ikonik dan diilhamkan oleh beliau merupakan platform bagi para usahawan Sarawak mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global dan membantu dalam usaha menjadikan Sarawak yang negeri maju menjelang 2030. Ketika berada di fasiliti tersebut beliau dibawa melawat ke setiap sudut dan tingkat TDV beliau dan kemudian diberi taklimat tentang pembangunan dan pengurusan bangunan tersebut.

Pulih Ekonomi Pembinaan, KKR Komited Bekerja Bersama Rakyat

/ 01/09/2021

Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam melaksanakan agenda pemulihan ekonomi bagi industri pembinaan dengan bekerja bersama-sama rakyat, seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam ucapan pembentukan Kabinet Jumaat lalu. >Menteri Kanan KKR, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dalam Mesyuarat Kabinet hari ini, Perdana Menteri telah mengarahkan semua kementerian supaya menetapkan sasaran dan program yang hendak dilaksanakan dalam tempoh dua minggu ini. “Ia meliputi sasaran untuk jangka pendek dan jangka panjang berorientasikan pencapaian keberhasilan, bagi membuktikan pencapaian awal 100 hari pertama seperti ditetapkan.