SEPTEMBER 2022

Kerajaan Sarawak Kaji Perbaiki Perkhidmatan Awam Negeri

/ 28/09/2022

Antara intipati Ucapan Premier Sarawak sempena Majlis Townhall Perkhidmatan Awam Sarawak: -Kaji bagaimana perkhidmatan awam Sarawak dapat diperbaiki tanpa melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) -Kekangan untuk perbaiki gaji kerana perjawatan di bawah bidang kuasa JPA -Kaji kadar gaji yang agak rendah -Mengambil contoh Singapura menaikkan kadar gaji penjawat awam untuk mensifarkan gejala rasuah

IBET Tangani Rabies, Alam Sekitar

/ 26/09/2022

Kerajaan Sarawak adalah yang pertama di negara ini menubuhkan Pasukan Penguatkuasa Imun Penampan (IBET) bagi mengekang penularan kes jangkitan rabies dan memelihara alam sekitar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan itu diluluskan Kabinet Sarawak Jun 2020 bertujuan menghentikan penularan rabies atau penyakit anjing gila memasuki Sarawak.

Hala Tuju Penentu Kesejahteraan Rakyat, Negeri

/ 26/09/2022

Penubuhan Sayap Belia 1828 bertepatan dengan perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk meletakkan negeri Sarawak maju demi kesejahteraan rakyat. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dalam hal ini, peranan belia amat penting bagi menentukan masa depan dan kehidupan yang sempurna. “Selaras dengan slogan ‘Utamakan Sarawak’, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan harapan kepada belia bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih kepada kerajaan,” katanya.

Apprecation Night For Covid-19 Frontliners

/ 26/09/2022

1. First and foremost, I would like to express my utmost gratitude to Allah SWT for allowing us to gather here tonight at the "Appreciation Night For COVID-19 Frontliners”. 2. Special thanks to the Sarawak Disaster Management Committee in organising tonight’s event as a token of appreciation by the Sarawak Government for the frontliners, who have worked very hard and tirelessly throughout the COVID-19 pandemic.

Pemasyuran Sarawak Delta Geopark Kebangsaan Ke-6 Oleh Premier Sarawak

/ 24/09/2022

Sarawak Delta Geopark (SDGP) adalah tapak warisan geologi yang kaya dengan biodiversiti tumbuhan serta budaya, cara kehidupan dan adat resam serta hubungan kemanusian  melalui fakta sejarah akan memberi nilai yang amat tinggi bagi membangun sektor ekonomi dan pelancongan setempat," katanya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pada Sabtu.

Bajet Negara 2023: Sarawak Harap Dapat Peruntukan Besar

/ 24/09/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana yang lebih besar kepada Sarawak dalam Bajet Negara 2023 yang dijangka dibentang pada 7 Oktober ini. Katanya, peruntukan besar itu amat penting untuk tujuan pembangunan infrastruktur di negeri ini. “Adalah menjadi harapan kita agar Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana besar untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur di negeri ini, khususnya kawasan luar bandar,” katanya.

Pembinaan Jambatan Marudi Diteruskan

/ 22/09/2022

Projek pembinaan jambatan Marudi yang terbengkalai sebelum ini akan disiapkan dalam masa 24 bulan oleh kontraktor penyelamat, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada Khamis. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan ringkas pada majlis makan tengah hari sempena lawatan kerja beliau ke sini.

China Rakan Dagang Utama Sarawak

/ 21/09/2022

Hubungan dagangan dan sosial antara Republik Rakyat China dengan Kerajaan Malaysia sentiasa erat sejak mewujudkan hubungan diplomatik pada 1974. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, China adalah rakan dagang utama Sarawak dengan jumlah dagangan bernilai RM27.045 bilion pada 2021.

MANRED Kini Kementerian Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah

/ 21/09/2022

Kementerian Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) kini dikenali sebagai Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah untuk mencerminkan kepentingan industri makanan kepada ekonomi Sarawak. Pertukaran kepada nama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa merasmikan Kongres Pertanian Mampan Dan Keselamatan Makanan (COSAFS) di sini pada Rabu.

PRU-15: GPS Sedia Berdepan Pihak Lawan, Persiapan Rapi Diatur

/ 20/09/2022

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai masalah berdepan Baru Bian jika beliau dicalon semula oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi merebut kerusi Parlimen Lawas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Timbalan Pengerusi GPS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, GPS sudah lama mengatur persiapan bagi menghadapi PRU-15.

16,800 Tukun Tiruan Diturun, Catat Rekod Terpanjang Dunia

/ 19/09/2022

Tukun tiruan yang diturun sepanjang 1,000 kilometer (km) perairan pesisir dari Tanjong Datu merupakan kawasan projek terpanjang di dunia. Sebanyak 16,800 tukun tiruan jenis Reefball itu diturun sehingga ke Lawas sekali gus mencatatkan rekod sebagai kawasan terpanjang itu.

Abang Jo Hadiri Malam Inovasi Dan Integriti Tanah & Survei

/ 18/09/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak di Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic malam tadi. Majlis indah bersejarah malam tadi telah menyaksikan pemeteraian memorandum untuk tiga kolaborasi strategik.

'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' Mewarnai Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2022

/ 16/09/2022

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' mewarnai kemeriahan hari bersejarah itu di Lapangan Terbang Lama Bintulu, pada malam Jumaat. Terjemahan tema itu terserlah dengan kehadiran sekitar 10,000 orang ramai dari pelbagai kaum yang membanjiri tapak sambutan seawal jam 5 petang. Kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib sebagai tetamu kehormat turut memeriahkan lagi sambutan ini.

Element 25 Limited Bercadang Melabur Di Sarawak

/ 15/09/2022

Syarikat dari Australia, Element 25 Limited bercadang mahu melabur di Sarawak. Sehubungan itu, syarikat terbabit yang berminat melabur dalam pengeluaran  manganese sulphate berketulenan tinggi telah melawat negeri ini bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan projek itu. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa,  Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat terbabit yang juga Pengurus Pembangunannya, Niel Graham serta Penasihat Negaranya, Azli Mohd Zin

Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS Sarawak

/ 14/09/2022

Mesyuarat Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) di Pengerusi oleh  Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg telah diadakan bertempat di BCCK yang dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi GPS daripada komponen parti PBB, SUPP, PRS dan PDP. Pada sidang media, YAB Premier Sarawak selaku Pengerusi Majlis Tertinggi GPS telah mengatakan bahawa Mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk membentuk sayap wanita dan pemuda dari setiap parti komponen sebagai ahli Majlis Tertinggi GPS yang mana telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) dan  juga akan membentuk sayap belia 1828 ke Majlis tersebut setelah setiap parti komponen  mendapat kelulusan ROS bagi penubuhan sayap mereka kelak.

Anugerah Khas Premier Sarawak

/ 14/09/2022

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg merakap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak telah hadir ke Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuching. Anugerah Khas Premier Sarawak ke-30 adalah anjuran Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Malaysia, Sarawak.

Premier Sarawak Witnessed The Launching Ceremony Of TRANSCEND

/ 14/09/2022

Premier of Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg witnessed the launching ceremony of Technology Enhanced Stakeholders Collaboration For Supporting Risk-Sensitive Sustainable Urban Development (TRANSCEND) Sarawak 2022  that was held in TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park Muara Tebas Land District. Under the TRANSCEND project, the team will use and extend the MOBILISE platform through the libing lab named Resilience4wrd to support risk-sentitive sustainnable urban development.

Premier Sarawak Rasmi Pesta Benak, Hypermarket Lepapa Dan Hotel Roxy Di Sri Aman

/ 10/09/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hadir merasmikan Pesta Benak Sri Aman Edisi Ke-19 yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat, 9 hingga 11 September 2022 hari ini tadi. Pesta yang cukup popular di bandar Sri Aman ini sememangnya menjadi tumpuan para pengunjung di dalam dan luar negara untuk menyaksikan fenomena benak atau ombak besar menyusuri sungai hingga ke muara melalui tebingan sungai Batang Lupar.

Dua Syarikat Korea Minat Melabur Dalam Industri Petrokimia

/ 08/09/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hari ini menemui dua syarikat Korea yang berminat untuk melabur dalam industri berkaitan petrokimia di Sarawak. Dua syarikat terbabit berminat melabur dalam pengilangan produk yang merupakan sebahagian daripada rangkaian kompleks petrokimia yang sedang dibangun dan diperkenalkan. Bintulu merupakan tempat kebanyakan aktiviti petrokimia di Sarawak dan mempunyai infrastruktur berkaitan bagi menyokong pembangunan pelaburan berkenaan.

Sarawak Poised To Be Hydrogen Producer By 2027: Premier

/ 07/09/2022

Sarawak is positioning herself well to be a commercial hydrogen producer by 2027 thus realising the vision of turning the state into a hydrogen economy, Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg said here, today. To achieve the vision Sarawak was taking the necessary measures and rolling out various initiatives to develop Sarawak’s hydrogen economy based on renewable energy, he said in his speech during the signing of the MoU between Sarawak Energy, SEDC Energy, Samsung Engineering, Lotte Chemical, as well as Posco Holdings, here.

Sarawak’s Clear Green Policy, Vision Vital Pull Factor For Investment: Premier

/ 06/09/2022

Sarawak’s clear policy and vision towards transition to green and clean energy had been the State’s strong point to attract foreign investment in the process of decarbonisation, Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari Tun Openg said here, today. While thanking a consortium of Korean industries that had shown keen interest to work with Sarawak to produce hydrogen and ammonia, he said the State  was eager to seal  a collaboration with the three major Korean industries as part of the State’s programme to develop the hydrogen economy in the State.

Projek Pan Borneo Tunjuk Perkembangan Positif

/ 04/09/2022

Projek Lebuh Raya Pan Borneo menunjukkan perkembangan positif apabila mencapai kemajuan sebanyak 86.54 peratus setakat 24 Ogos lalu. Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, terdapat beberapa seksyen yang akan dibuka tahun ini dengan tiga seksyen dijangka siap tahun depan. Beliau berkata, kesemua seksyen itu akan disiapkan tahun hadapan berikutan mengalami ppermasalahan di tapak yang memerlukan penelitian.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Bincang Pembangunan Sarawak, Sabah

/ 04/09/2022

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi (JKSE) BIL 2 diadakan secara atas talian pada Khamis. Mesyuarat tersebut dipengerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mustapa Mohamed dan dihadiri Menteri persekutuan dan wakil dari Sabah Dalam mesyuarat lebih dari dua jam itu, pelbagai isu dibincangkan antaranya melibatkan projek pembangunan di Sarawak dan Sabah, terutamanya melibatkan pendidikan.

Program Inisiatif Baharu NCR Beri Manfaat Kepada Pemilik Tanah

/ 02/09/2022

Menerusi Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu bermula 2010 hingga 31 Julai 2022, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei Sarawak berjaya menyukat secara perimeter seluas 1,040,212 hektar (2.57 juta ekar) di seluruh bahagian negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, daripada jumlah itu seluas 800,176 hektar (1.97 juta ekar) telahpun diwartakan.

SDCCM, Jambatan Kemena- Jepak, SK Ulu Segan

/ 01/09/2022

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg mempengerusi Mesyuarat Pertama bagi Tahun 2022 State Development Coordination Committee Meeting ( SDCCM ) bertempat di sebuah hotel di Bandar Bintulu yang diadakan sebelah pada pagi. SDCCM merupakan mesyuarat untuk mengkoordinasi dan menyelesaikan isu berhubung perlaksanan projek Kerajaan Sarawak sebagai tambahan mesyuarat yang diadakan di peringkat Bahagian Residen serta pelbagai agensi Kerajaan Sarawak.