KUCHING / 28/09/2023
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di Padang Merdeka, Kuching, pagi ini.
Sejumlah 248 kontinjen membabitkan lebih 10,000 peserta menghadiri sambutan Maulidur Rasul tahun ini.
KUCHING / 27/09/2023
Unit Hal Ehwal Agama Agama Lain (UNIFOR) sentiasa memantau projek rumah ibadat agama lain dan sekolah mubaligh yang menggunakan dana dari Kerajaan Sarawak. Timbalan Premier yang juga Menteri Bertanggungjawab UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pegawai UNIFOR akan sentiasa turun padang memantau perkembangan projek terbabit.
KUCHING / 25/09/2023
Premier of Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Open has emphasized Sarawak's potential to make a significant contribution to global food demand, particularly given that half of the world's seven billion population resides in the Asian and ASEAN regions. During his address at the 1st International Conference on Biotechnology, Smart Farming, and Entrepreneurship for Food Security (BioSFE) 2023 held at Riverside Majestic Hotel, Premier Abang Johari highlighted the need for a comprehensive transformation of the agriculture sector.
KUCHING / 23/09/2023
Kerajaan Sarawak mengungkapkan hasratnya untuk menyertai Majlis Tenaga Negara dengan tujuan menyumbang kepada pembentukan dasar strategik peralihan tenaga. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan kepentingan penyertaan Sarawak dalam Majlis Tenaga Negara dan bercadang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi Majlis Tenaga Negara, untuk meneliti permohonan Sarawak untuk menjadi ahli majlis ini.
KUCHING / 23/09/2023
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua kerusi dalam mana-mana pilihan raya akan datang di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Parti untuk memastikan Sarawak terus stabil dan maju demi rakyatnya.
KUCHING / 22/09/2023
Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan RM1 bilion sebagai langkah awal membangunkan kawasan tanaman padi mengikut zon di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, peruntukan besar itu perlu disediakan memandangkan kos membina sistem perparitan dan taliair membangunkan kawasan tanaman padi sangat mahal.
KUCHING / 20/09/2023
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg has issued a call to real estate developers in Sarawak, encouraging them to embrace Green Building Index (GBI) certification for the potential to boost property values and promote sustainable urban development.
KUCHING / 19/09/2023
Forum Transformasi Digital yang turut disertai oleh beberapa syarikat ternama dari China dan Hong Kong di sini akan membuka peluang lebih luas kepada peniaga dan rakyat di negeri ini terlibat dalam bidang teknologi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, antara bidang tersebut ialah membangunkan tenaga hijau selepas Sarawak berjaya melaksanakan ekonomi digital sejak beberapa tahun lalu.
BINTULU / 18/09/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg merasmikan Fasiliti Jualan Gas Tambahan Petronas Bintulu 2 (BAGSF-2) di tapak projek BAGSF-2 di Tanjung Kidurong di sini, hari ini. Sarawak berhasrat menjadi kawasan pertama di Asia Tenggara menghasilkan ammonia biru, sekali gus membolehkannya diguna pakai dalam sektor perindustrian termasuk dieksport ke luar negara, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KUCHING / 17/09/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.
KUCHING / 17/09/2023
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, beliau hanya menjadi penyelaras bagi mencari penyelesaian jika berlaku permasalahan dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) terutama di Sabah. Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, antara permalasahan yang mungkin berlaku ialah antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi berkaitan atau di peringkat kerajaan negeri.
KUCHING / 16/09/2023
Rakyat Sarawak hanya mahu menuntut haknya dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tidak berniat merampas hak orang lain. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskannya kerana Sarawak mungkin dituduh bersikap kedaerahan dengan tuntutan-tuntutan tersebut.
KUCHING / 14/09/2023
Kembara Kenali Borneo (KKB) wajar menjadi anjakan serta batu loncatan untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, dari segi ekonomi, infrastruktur misalnya jalan raya dan pengangkutan darat mahupun laut, pendidikan dan akses kepada kehidupan yang lebih baik untuk masa depan yang akan datang.
KUCHING / 14/09/2023
Empat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) jabatan dan agensi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berjaya terpilih ke Konvensyen Antarabangsa Ke-48 mengenai Kawalan Kualiti 2023. Pertandingan peringkat antarabangsa itu akan diadakan di Beijing, China pada 30 Oktober hingga 2 November depan.
KUCHING / 14/09/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Amanat Integriti 2023 dan Perasmian Persidangan Integriti Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini. Ketika berucap dalam majlis tersebut, Abang Johari berkata (3) tiga komponen penting perlu diselami dan diamalkan oleh rakyat Sarawak dalam memantapkan lagi semangat berintegriti di negeri ini.
KUCHING / 13/09/2023
Kerajaan Sarawak sedang membina Lebuh Raya Pesisir Pantai dan Lebuh Raya Kedua bagi menambah baik perhubungan jalan raya negeri ini Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kos pembinaan dua lebuh raya tersebut berjumlah RM11 bilion dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sendiri.
SEMATAN / 13/09/2023
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rombongan mengakhiri Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, Sematan pada Rabu. Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg. Ketibaan Seri Paduka Baginda pada jam 12.40 tengah hari turut
KUCHING / 13/09/2023
The Sarawak State Assembly on 22nd November 2022 passed the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Ordinance, 2022 (the “Ordinance”) to establish a body corporate to be the custodian of a State Fund, known as Sarawak Sovereign Wealth Future Fund (“the Fund”). Its key objective is to safeguard and invest monies in the Fund for its sustainable growth and maximum return, in the interests of the State and the future generations of the peoples of Sarawak.
LAWAS / 07/09/2023
Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama rombongan yang bergerak dari Sabah selamat tiba di Sarawak hari ini. Jelajah yang membawa Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong selamat tiba di sini pada jam 8 malam tadi.
KUCHING / 06/09/2023
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg today stressed that the GPS government was commited to transform the State’s transport sector to a system that would be integrated prioritizing on safety, reliability, affordability, energy efficiency, with expanded travel options.
KUCHING / 05/09/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir menyempurnakan Persidangan Tinjauan Harga Minyak Sawit & Laurik Malaysia Timur (East Malaysia POC) 2023 di Kuching, pada Selasa. Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Premier Sarawak berkata Sarawak mempunyai kawasan tanaman kelapa sawit tertinggi di Malaysia yang menyumbang kira-kira 1.6 juta hektar kepada jumlah negara sebanyak 5.7 juta hektar.
KUCHING / 04/09/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri dan merasmikan 2023 World Green & Sustainability Summit (WGSS 2023) di sini pada Isnin. Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Pengerusi KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI), Tan Sri Abdul Majid Khan, Presiden KSI, Tan Sri Micheal Yeoh dan dif-dif kenamaan yang lain.
BEIJING / 04/09/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg, menyatakan bahawa Sarawak sedang melaksanakan pendekatan pembangunan menyeluruh di kawasan Rajang Delta melalui Rajang Delta Development Agency (RADA). Beliau menjelaskan bahawa pembangunan yang berlaku adalah pembangunan berpadu di antara daerah-daerah di bawah bahagian Mukah dan juga bahagian Sarikei.
DARO / 03/09/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg, menyatakan bahawa Sarawak sedang melaksanakan pendekatan pembangunan menyeluruh di kawasan Rajang Delta melalui Rajang Delta Development Agency (RADA). Beliau menjelaskan bahawa pembangunan yang berlaku adalah pembangunan berpadu di antara daerah-daerah di bawah bahagian Mukah dan juga bahagian Sarikei.
KUCHING / 01/09/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg terima kunjungan hormat dari Kolej Universiti i-CATS di pejabatnya pagi ini. Kunjungan tersebut yang diketuai oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce membincangkan beberapa perkara mengenai keterjaminan makanan (food security) dan juga beberapa perkara mengenai Penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh Kolej Universiti i-CATS.
KUCHING / 01/09/2023
Tuan Haji Hilmy Haji Othman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) kelapan pada Jumaat. Majlis Angkat Sumpah tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia dan disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.