NOVEMBER 2019

121 Orang Anak Yatim Menerima Sumbangan Sempena Maulidur Rasul S.A.W.


KUCHING, 17 Nov. 2019 - Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) merangkap Pengerusi SABATI telah hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. yang bertemakan Ummah Gemilang anjuran PKPJ bertempat di Dewan Baitulmal Kuching petang ini tadi.

Majlis dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Puteri Laila Taib dan seterusnya diikuti zikir marhaban dari PAWE Sri Satok dan ceramah Maulidur Rasul S.A.W. yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin.

Di akhir majlis berkenaan, YABhg Datuk Amar turut menyampaikan sumbangan kepada seramai 121 orang anak yatim.

Hadir sama adalah Timbalan Pengerusi PKPJ Dato Dr. Hajjah Munirah Hassan, Konsulat Brunei Pengiran Hajjah Kartini bt Pengiran Haji Tahir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Dr Sabariah Haji Putit, AJK PKPJ, AJK SABATI dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku