APRIL 2020

14 Hotel Digunakan Sebagai Pusat Kuarantin Bagi Menempatkan 1,091 PUS Di Sarawak


KUCHING: Setakat ini, 14 buah hotel di Sarawak telah menempatkan 1,091 PUS (Person Under Surveillance) di Kuching, Bintulu, Miri dan Limbang.

Mereka ini merupakan rakyat Sarawak yang baru tiba dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, terdapat penambahan 14 orang rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan.

“Berikut data mereka yang dikuarantin di 14 hotel di Sarawak; di Kuching sebanyak 116 orang PUS ditempatkan di Hotel Hock Lee, 84 orang di Hotel Rajah Court Dormani, 78 orang di Hotel Kuching Park dan 100 orang Hotel Pullman.

“Di Miri pula, Hotel Mega menempatkan 81 orang, Hotel Somerset 45 orang, Ostay Inn 19 orang, Cosy Inn 48 orang, Hotel Imperial Palace 145 orang, Eastwood Resort 25 orang dan Hotel Imperial 32 orang.

“Hotel Purnama di Limbang menempatkan 85 orang. Juga, Bintulu di Wasan Inn seramai 3 orang dan Hotel Park City Everly 230 orang,” katanya. -Edisi UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak