APRIL 2020

5,269 Ketua Isi Rumah Di DUN Kedup Sudah Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang


SERIAN: Pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup giat dilaksanakan dengan seramai 5,269 ketua isi rumah sudah menerima sumbangan tersebut setakat ini.

Pusat Khidmat DUN Kedup memberitahu, kesemua pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang itu melibatkan 61 buah kampung di kawasan Kedup.

Jelasnya, jumlah keseluruhan penerima yang layak dari fasa satu dan fasa dua di DUN Kedup adalah seramai 6,099 orang.

"Pengagihan bantuan makanan bagi fasa dua telah berjalan sejak beberapa hari lalu, namun proses penghantaran kali ini agak perlahan kerana kekurangan stok bekalan.

"Urusan penghantaran serta pengagihan bantuan ini tetap diteruskan sehingga esok (Sabtu)," jelasnya pada Jumaat.

Tambah Pusat Khidmat DUN Kedup, setakat ini masyarakat di Kedup patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga. -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak