SEPANG: Kumpulan pertama iaitu seramai 287 pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung dihantar pulang ke kampung halaman bermula hari ini.
Antara kumpulan pertama itu ialah pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi tadi.
Memetik Astro Awani urusan penghantaran pulang itu adalah dibawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI, Sarawak Volunteers dan Rumah Sarawak.
Turut hadir pada pelepasan itu ialah Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dan Penaung Sarawak Volunteers, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.
Kesemua mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sementara itu, Fadillah turut menasihati para pelajar yang pulang supaya mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan.
Malah katanya, surat kebenaran yang dikeluarkan pihak universiti perlu dikongsi dengan ibu bapa bagi tujuan pemeriksaan pihak polis.
“Bukan itu sahaja, apabila tiba di KIA, pastikan ibu bapa berada di tempat letak kereta dan tidak berada di pintu terminal,” katanya.
Sumber dari : TVSarawak