APRIL 2019

29 filem merebut gelaran “terbaik” dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean


KUCHING: Sebanyak 29 filem merebut gelaran “terbaik” dalam sembilan kategori yang dipertandingkan sempena Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) Edisi Keempat.

Pengumuman lima finalis bagi sembilan kategori itu dibuat pada majlis Pembukaan Aiffa di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Majlis pembukaan itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang turut dihadiri oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin.

Pelakon aksi Hollywood, Steven Seagal diundang sebagai tetamu khas Aiffa Edisi Keempat turut hadir pada majlis pembukaan.

Penyampaian anugerah “terbaik” kepada para pemenang diadakan pada malam Sabtu ini yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Berikut adalah senarai pendek lima finalis bagi sembilan kategori yang dipertandingkan;

Filem Terbaik
1. Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
2. Ave Maryam – Indonesia
3. Signal Rock – Filipina
4. Mi – Myanmar
5. Like An Old House – Vietnam

Pengarah Terbaik
1. “Joseph Israel Laban” Baconaua – Filipina
2. “Leon Le” Song Lang – Vietnam
3. “Chito Rono” Signal Rock – Filipina
4. “Ertanto Robby Soediskam” Ave Maryam – Indonesia
5. “Nam Ron” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia

Pelakon Lelaki Terbaik
1. “Chicco Jerikho” Ave Maryam – Indonesia
2. “Rosdeen Suboh” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
3. “Kristoffer King” Kristo – Filipina
4. “Remy Ishak” Pulang – Malaysia
5. “Shafiee Mostar” Hari Minggu Yang Keempat – Brunei

Pelakon Wanita Terbaik
1. “Sangeeta Krishnasamy” Adiwiraku – Malaysia
2. “Maudy Koesnaedi” Ave Maryam – Indonesia
3. “Paing Phyoe Thu” Mi – Myanmar
4. “Elora Espano” Signal Rock – Filipina
5. “Raihaanun” 27 Steps of May – Indonesia

Pelakon Pembantu Terbaik (Lelaki)
1. “Amerul Affendi” Crossroads” One Two Jaga – Malaysia
2. “Verdi Soleiman” 27 Steps of May – Indonesia
3. “Isaac” Song Lang – Vietnam
4. “Ronwaldo Martin” Bhoy Intsik – Filipina
5. “A Linn Yaung” Shwe Kyar (Golden Lotus) – Myanmar

Pelakon Pembantu Terbaik (Wanita)
1. “Khouan Souliyabapha (Mina)” Rina 2 – Brunei
2. “Julie Tan” Wonder Boy – Singapura
3. “Eisaya Hosuwan” Bad Genius – Thailand
4. “Barbara Miguel” 1-2-3 (Gasping for Air) – Filipina
5. “Nattatida Damronhvisetpanit” Memories of New Years – Laos

Layar Perak Terbaik
1. 27 Steps of May – Indonesia
2. Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
3. Shuttle Life – Malaysia
4. Signal Rock – Filipina
5. Song Lang – Vietnam

Editing Filem Terbaik
1. Rina 2 – Brunei
2. Tengkorak – Indonesia
3. Ave Maryam – Indonesia
4. Guang – Malaysia
5. Song Lang – Vietnam

Pengarah Fotografi Terbaik
1. “Na Gyi” Mi – Myanmar
2. “Ipung Rachmat Syaiful” 27 Steps of May – Indonesia
3. “Bob Nguyen” Song Lang – Vietnam
4. “TM Malones” Baconaua – Filipina
5. “Chen Ko Chin” Shuttle Life – Malaysia

Sumber dari: Suara Sarawak