Julai 2019

Abang Jo Rasmi IDECS 2019


KUCHING, 8 Julai 2019 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hari ini melancarkan Majlis Perasmian International Digital Economy Conference Sarawak 2019 (IDECS 2019) yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Ahli fiziks dan futurist tersohor Dr. Micho Kaku adalah antara penceramah terkenal yang menyampaikan ucaptama di persidangan yang berprestij itu.

Sebanyak 34 buah syarikat yang berteraskan teknologi digital hadir bagi mempamerkan peralatan dan teknologi terkini hasil rekacipta masing-masing.

Hadir sama adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Haji Mohamad Asfia Awang Nassar, dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari: Sarawakku