Warga penduduk Kampung Telaga Air, Kuching hari ini bertuah kerana mendapat kunjungan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang tiba dengan konvoi bermotosikal tiba di perkampungan nelayan tersebut sekitar jam 10 pagi ini tadi.
Sejurus tiba di perkampungan nelayan yang sememangnya terkenal dengan pelbagai juadah di waktu pagi telah menggamit hati beliau untuk bersarapan pagi di Esplanade Telaga Air Kuching.
Selesai bersarapan pagi, Abang Johari telah diberi Taklimat Pembangunan Telaga Air yang disampaikan Lembaga Pembangunan dan Perlindungan Tanah (LCDA) berkaitan projek - projek pembangunan yang sedang rancak dijalankan di kawasan Telaga Air ini yang merangkumi dan meliputi projek-projek bagi Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Telaga Air termasuklah cadangan projek menaiktaraf Tebingan Sungai di Telaga air oleh pihak LCDA.
Seterusnya, beliau kemudiannya dibawa menaiki kapal untuk meninjau persekitaran muara Sungai Sibu Laut dan Sungai Telaga Air.
Hadir sama adalah Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Sumber dari : Sarawakku