Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Pengisytiharan Konvokesyen Ke-23 Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) dan Universiti Kolej Teknologi Lanjutan Sarawak (Univerisiti i-CATS) di sini, hari ini.
Pelantikan itu diserahkan oleh Pengerusi Sarawak Skills yang juga Presiden dan Pro-Cancelor Kolej Universiti i-Cats Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada Majlis Pengisytiharan Konvokesyen Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS ke-23 di Kuching.
Seramai 742 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Sijil Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Ijazah Kejuruteraan Perisian dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej i-CATS.
Selain itu, Abang Johari turut menyampaikan pelbagai kategori anugerah yang telah dipertandingkan sebelum ini.
Terdahulu, Abang Johari telah diberi penghormatan untuk melancarkan Kolej Universiti ICATS dan telah dilantik sebagai Canselor yang pertama hari ini. ICATS telah dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti pada 3 Disember 2020 yang lepas.
Sumber dari : Sarawakku