KUCHING, 9 Mac 2021 – YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat (PTD) , Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Kunjungan hormat yang berlangsung kira-kira 30 minit berkenaan merupakan kunjungan rasmi sulong Tan Sri Panglima Tentera Darat sejak beliau menjawat jawatan Panglima Tentera Darat Ke–28 pada 11 Jun 2020 yang lalu, selain maklumkan berkenaan beberapa aktiviti sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke–88 khususnya yang berkaitan dengan Program Jiwa Murni yang dilaksanakan di Sarawak.
Selain itu, antara perkara yang turut dibincangkan adalah rancangan pembinaan (4) empat buah pos imbangan di sempadan dan juga keperluan pembinaan Kem di Bintulu bagi pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS).
Dari kiri gambar adalah Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli bin Mustaffa, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak), Dato' Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki.
Sumber dari : Sarawakku