DISEMBER 2020

Abg Jo Hadiri Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke majlis simbolik penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang bertempat di Majma Mall Kuching petang ini tadi.

Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak memutuskan untuk memberi vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyatnya. Kos untuk mendapatkan dua dos vaksin ialah RM77.

Abang Johari juga berkata beliau percaya semua rakyat negeri ini telah mendapat bantuan di bawah BKSS yang bertujuan meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pendemik COVID-19.

Menurutnya kerajaan negeri akan meneruskan bantuan-bantuan lain seperti pengurangkan kadar sewa, serta moratorium dalam usaha meringankan beban rakyat.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kebajikan, Kesejahtaraan Komuniti, Wanita. Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Sri Abu Bakar Marzuki.

Sumber dari : Sarawakku