APRIL 2021

Abg Jo Lakukan Upacara Pecah Tanah Anjung Selera Balingian


BALINGIAN: Setelah mengadakan kunjungan ke Balai Ringin dan Spaoh semalam, hari ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg berada di Balingian untuk melalukan pecah tanah bagi projek Anjung Selera Balingian. 

Sejurus tiba di Dewan Masyarakat Balingian untuk menghadiri upacara rasmi beliau telah diberi taklimat mengenai pelaksanaan pelbagai projek di bawah DUN 58 Balingian.

Berikut adalah antara projek yang sedang dilaksana atau dalam peringkat penilaian sebelum ditender: 

• Anjung Selera Balingian

• Menaik taraf mini stadium Balingian

• Pembinaan Pejabat Daerah Kecil Balingian

• Cadangan pembinaan Jambatan 2 (Penakub Ulu       Mukah)

• Jalan Telian By-pass, Mukah

• Bina baru Masjid Kuala Balingian

• Pembinaan tempat letak kereta, tandas awam dan landskap di Tebingan Pasar Lama Balingian

• Medan Selera Mateding Extension

• Pemuliharaan tebingan sungai di Tebingan pasar lama Balingian

• Projek Rumah Spektra

• Pembinaan Hotel Boutique Balingian

Datuk Patinggi Abang Jo kemudian bergerak ke Mateding untuk meninjau projek Medan Selera Mateding yang telah siap dan diserah kepada Majlis Daerah Mukah sebelum kembali ke Kuching.

Sumber dari : Sarawakku