MEI 2020

Abg Jo Lancar Applikasi COVID Trace & Qmunity


CM Abang Jo hari ini melancarkan dua (2) Apps iaitu Sarawak Contact Tracing Apps, Covid Trace dan Qmunity di Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi.

Covid Trace ini merupakan applikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Information System (SAINS) dengan kolaborasi bersama dengan pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi mengambil langkah awal pengesanan kontak COVID-19.

Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan proses menjejaki kontak rapat positif COVID-19 di negeri itu seterusnya memutuskan rantaian jangkitan.

Manakala, QMunity pula merupakan kaedah pengesanan lokasi bagi menjejaki pengerakan dengan kontak pesakit covid-19. Dengan ini, langkah pengesanan sesuatu lokasi yang dikunjungi oleh kontak Covid 19 dapat diketahui memandangkan data telah pun diperolehi melalui pendaftaran yang dibuat melalui kaedah pengesanan QR Code.

Sekiranya seseorang individu itu didapati positif maka ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk melakukan pengesanan dan akan memaklumkan kepada individu tersebut supaya melakukan saringan secepat mungkin.

Apabila ramai yang memuat turun aplikasi ini bermakna semua maklumat lokasi akan mudah dikesan dan disimpan dalam telefon pintar selama 21 hari.

Aplikasi COVID Trace boleh dimuat turun di aplikasi Google Play Store dan App Store.

Hadir sama dalam majlis ringkas tersebut adalah Timbalan- Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku