KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah melancarkan LPG PETROS (Gas Cecair Petroleum) pada majlis yang amat bersejarah lagi bermakna di Kubah Ria Baharu di Petra Jaya.
LPG PETROS dalam tong berwarna merah dengan logo PETROS, iaitu syarikat minyak dan gas negeri Sarawak yang ditubuhkan pada 2018.
Tong LPG seberat 14 kg untuk kegunaan domestik dijual dengan harga RM26.60 mulai tahun hadapan.
Datuk Patinggi Abang Haji Johari dalam ucapan perasmian berkata beliau pengeluaran #tonggaskamek #tonggaskitai adalah sebahagian daripada aktiviti hiliran PETROS.
Hanya Sarawaklah negeri yang ada kuasa untuk mengedar gas dengan penggubalan Ordinan Pengedaran Gas 2016, jelas beliau.
PETROS juga bakal terlibat dalam aktiviti huluan di daratan dengan penganugerahan lesen konsesi bagi dua kawasan, iaitu West Adong Kecil dekat Miri dan Engkabang dekat Marudi baru-baru ini.
Beliau yakin industri LPG di bawah kendalian PETROS ini akan mengwujudkan rantaian nilai daripada pengeluaran, ke pengedaran dan peruncitan.
LPG PETROS juga berpotensi untuk diedarkan ke negara jiran khususnya di kawasan perbatasan dengan Kalimantan, ujar beliau.
Turut berucap Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.
Sumber dari : Sarawakku