OKTOBER 2019

Abg Jo Mahu Sarawak Ditadbir Dengan Acuan Sendiri


KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2019 - Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2019 telah berlangsung ke kemuncaknya di Malaysia International Trade dan Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur malam tadi.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah tetamu kehormat di majlis berkenaan. Ketibaan Tun Pehin Sri Taib telah disambut oleh YAB Ketua Menteri beserta Menteri- menteri Kabinet Sarawak.

Dalam ucapannya, YAB Ketua Menteri mahu Sarawak terus ditadbir di bawah acuannya sendiri oleh anak- anak Sarawak yang lebih memahami keadaan Sarawak berbanding orang lain. Justeru, masa depan Sarawak adalah bergantung kepada anak- anak Sarawak.

Beliau menambah lagi, fokus Kerajaaan Sarawak juga adalah meneruskan projek- projek pembangunan luar bandar dan juga menjadikan Sarawak maju pada tahun 2030 dengan menjadikan Digital Ekonomi sebagai asas pembangunannya.

Beliau juga berkata, Kerajaan Sarawak kini memberi penekanan kepada Rancangan Malaysia ke 12 (2021-2025) dengan memberi penekanan di sektor:

1. Pertanian Cara Moden untuk menjadikan Sarawak pengeluar makanan dunia.

2. Mempertingkatkan sektor pelancongan dan perkhidmatan seperti kemudahan buadya, kesihatan, makanan yang bermutu.

3. Pembangunan Infrastruktur seperti perkhidmatan air dan elektrik termasuklah dalam pengurusan pelabuhan Sarawak.

4. Pembangunan Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia seperti memberikan latihan teknikal dan vokasional kepada generasi muda Sarawak.

Hadir sama di majlis makan malam berkenaan adalah adalah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Professor Dato Sri' Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari: Sarawakku