SERIKIN 1.3.20 - YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Serikin, Bau.
Lawatan tersebut dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Serikin oleh Pengarah, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Negeri Sarawak dan Jabatan Imigresen Negeri Sarawak.
Sejurus selepas taklimat YAB Abg Jo dan rombongan terus ke tapak cadangan CIQS Serikin di sempadan Sarawak - Indonesia melalui jalan hutan sepanjang 4 kilometer.
Ketibaan YAB Abg Jo disambut mesra oleh wakil anggota ATM dan TNI dan masyarakat setempat.
Dalam perjalanan pulang, YAB Abg Jo singgah beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung Pasar Serikin.
Dalam temuramah dengan para media, YAB Abg Jo menyatakan bahawa lawatan tersebut bertujuan untuk mencadangkan pembinaan Pos CIQS Serikin yang baru terletak di sempadan Sarawak - Kalimantan Barat, Indonesia. Sebuah Jalanraya baru akan dibina menuju ke CIQS tersebut dengan kelengkapan terkini dan juga pondok polis. CIQS tersebut di anggarkan berjumlah RM10 juta.
Tambahan, CIQS amat di perlukan segera kerana untuk mengawal dari segi keselamatan untuk Malaysia dan Indonesia serta pengurusan yang lebih sistematik dalam urusan perdagangan di sempadan yang mana telah memperolehi sebanyak RM40 juta setahun iaitu 10 kali ganda semenjak 3 tahun yang lepas.
Turut hadir, YB Dato Henry Haray ak Jinep, YB Miro ak Simuh, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Sarawak serta kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku