MIRI, 19 September 2020 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo yang juga Presiden SABERKAS telah hadir merasmikan Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Negeri Sarawak ke 16 yang berlangsung di Hotel Pullman Waterfront, Miri pagi ini.
Ketika berucap di majlis perasmian berkenaan, Datuk Patinggi Abang Jo menyeru para pewakilan SABERKAS yang juga anak muda agar berani mengorak langkah bergerak maju ke hadapan selaras dengan ledakan kemajuan teknologi digital masa kini.
Beliau juga berkata sudah tiba masanya, melatih pemimpin-pemimpin muda untuk mengambil alih kepimipinan SABERKAS agar kesinambungan pemimpin pelapis dapat dilakukan.
“Sekarang kita menuju ke era baharu di mana semua perkara mengalami perubahan disebabkan teknologi, yang berlaku begitu pantas.
“Jadi, SABERKAS , seperti yang sebelum ini, mesti menyediakan inisiatif, dorongan dan sokongan kepada golongan belia di Sarawak supaya mereka dapat bersedia menghadapi era baharu,” katanya.
Ketika ditanya media semasa sidang media, mengenai apakah kebanggaan beliau (Datuk Patinggi Abang Jo) selepas mengetuai SABERKAS selama sebelas (11 tahun), Abang Jo berkata, beliau berasa bangga kerana kebanyakan pemimpin yang dilahirkan di SABERKAS adalah "Up To Date" iaitu sentiasa mengikut perubahan semasa era kini.
Sebelum itu, Datuk Patinggi Abang Jo yang juga Presiden SABERKAS telah mengumumkan beliau mengundur diri sebagai Presiden SABERKAS dan menyerahkannya kepada pemimpin pelapis dan beliau merasakan pemimpin dimaksudkan itu adalah Timbalan Presiden SABERKAS, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah untuk mengetuai SABERKAS.
Turut hadir adalah Setiausaha Agung SABERKAS, YB Safiee Bin Haji Ahmad.
Sumber dari : Sarawakku