Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke Majlis Makan Malam SABERKAS di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini malam ini.
Kerajaan Negeri melalui Bantuan Skim Kredit Mikro yang dilaksanakan oleh pihak Agro Bank dan SEDC serta Dana Sarawak Youth Creative Industry Fund oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Sarawak juga memberi fokus kepada golongan belia untuk mendapat peluang yang sama.
SABERKAS melalui Jawatankuasa Kecil Pembangunan Usahawan dan Ekonomi telah mengadakan kerjasama erat bersama pihak Agro Bank, SEDC dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dalam membantu menghebahkan maklumat bantuan ini kepada belia di Sarawak melalui 78 SABERKAS cawangan yang telahpun ditubuhkan.
Datuk Patinggi Abang Jo menyampaikan skim bantuan berkenaan kepada penerima mengikut pelbagai kategori dan program-program yang dijalankan.
Sumber dari : Sarawakku