Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah disambut meriah oleh rakyat Dalat kerana begitu teruja dengan kehadiran beliau untuk merasmikan Waterfront Dalat yang dinanti- nantikan oleh seantero warga Dalat hari ini.
Sejurus ketibaan Datuk Patinggi Abang Jo telah disambut oleh tarian masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak.
Ketika berucap di majlis perasmian waterfront tersebut juga, Ketua Menteri menyeru rakyat khususnya warga Dalat agar sentiasa menjaga perpaduan sesama mereka demi memastikan kesinambungan kemajuan yang berterusan khususnya di Dalat ini.
Selepas majlis merasmikan Waterfront Dalat, Ketua Menteri turut merasmikan BazaarNita Fatima Dalat yang mempamerkan pelbagai hasil-hasil produk tempatan yang dipasarkan bagi meningkatkan lagi kegiatan ekonomi masyarakat setempat.
Sumber dari : Sarawakku