LUNDU, 24 Nov 2019 - Majlis Pecah Tanah Jambatan Rambungan telah berlangsung pagi ini bertempat di Perkarangan Terminal Feri Batang Rambungan, Lundu pagi ini tadi.
Sejurus ketibaan, YAB Datuk Patinggi Abang Jo diberi taklimat pembangunan projek- projek pembangunan yang sedang mahupun telah dijalankan oleh pegawai- pegawai Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR). Pertunjukan tarian kebudayaan pelbagai kaum turut dipersembahkan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.
Ketika berucap di majlis berkenaan, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo berkata semua jambatan - jambatan yang dibangunkan di Sarawak adalah tanpa tol kerana semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak akan meneruskan jaringan pembangunan infrastruktur luar bandar termasuklah kemudahan seperti jambatan - jambatan yang sedang giat dibangunkan secara serentak oleh Kerajaan Negeri Sarawak demi manfaat ekonomi yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
Hadir sama di majlis berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dato' Sri Prof. Sim Kui Hian, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi dan beberapa kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku