FEBRUARI 2021

Abg Jo Serah Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Kepada REDEEMS


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri  Sarawak kepada Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) diketuai oleh Presidennya, Datuk Peter Nansian Anak Ngusie beserta rombongannya di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi. 

Peruntukan sebanyak RM3.6 juta tersebut merupakan dana tambahan daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi menyiapkan Projek Bidayuh Culture Village (BCV) yang terletak di Singai. 

Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi peruntukan keseluruhan berjumlah RM5.6 juta kepada REDEEMS bagi menyiapkan projek berkenaan yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Sumber dari : Sarawakku