Kerajaan Negeri Sarawak memberi insentif kepada dua murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Temong yang berjaya menggondol anugerah 'Best Film By Popular Jury' di Festival de Cinema Escola de Alvorada (Fecea) atau Festival Filem Sekolah-Sekolah Antarabangsa Alvorada baru-baru ini.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg telah menyerahkan insentif berkenaan di pejabatnya petang ini tadi.
Insentif yang berjumlah RM 25, 000.00 berkenaan disampaikan Ketua Menteri kepada Guru Besar SK Temong Serian, Cleveland Raden.
Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa meraih anugerah itu bagi filem animasi pendek mereka dalam kategori sekolah rendah menerusi karya bertajuk 'Batu Bijanjii' yang bermaksud batu perjanjian dalam dialek Bidayuh Bisadung.
Sumber dari : Sarawakku