KUCHING, 19 Disember 2019 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan 2nd International Conference on Computer & Drone Applications (IConDA) 2019 Technological Convergence For Digital Economy Advancement bertempat di Kampus 2 Universiti Teknology Mara petang ini tadi.
Dalam ucapannya, Ketua Menteri berkata sektor pertanian adalah salah satu contoh sektor yang boleh diadaptasikan dengan menggunakan pelbagai teknologi baharu. Dengan menggunakan teknologi baharu dalam pertanian ianya mampu memperbaiki ekonomi dan memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya serta dapat meningkatkan pengeluaran produk makanan serta mengukuhkan jaminan makanan khasnya di Sarawak dan Malaysia amnya.
"Kita kurang produktif dalam pengeluaran produk makanan sedangkan kita perlu meningkatkan jumlahnya bukan sahaja untuk menampung keperluan tempatan tetapi rantau Asia.
Ketua Menteri turut memberi contoh, buat pertama kali dalam sejarah Sarawak, Sarawak telah mengeksport ikan Talapia ke Singapura dan ini sekaligus memberi pulangan yang lumayan kepada Sarawak.
Hadir sama Rektor UiTM Sarawak Dato Dr Jamil Hamali, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Madya Dr Firdaus Abdullah, wakil dari Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Alexander Chu dan Pengerusi Penganjur IConDA ke-2 Dr Lee Beng Yong.
Sumber dari : Sarawakku