KOTA SAMARAHAN: Aplikasi teknologi seperti dron dan sistem komputer diperlukan sebagai langkah meningkatkan pengeluaran makanan di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak tidak produktif dalam pengeluaran makanan dan memerlukan usaha untuk meningkatkannya.
“Singapura yang tidak mempunyai banyak tanah berada di kedudukan pertama dalam keselamatan makanan manakala Malaysia di tangga ke-10.
“Ada sesuatu yang tidak kena di sini apabila kita mempunyai banyak tanah tetapi tidak seperti negara-negara lain apabila masih mengimport makanan dari negara luar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Persidangan Aplikasi Dron dan Komputer Antarabangsa (ICONDA) di UiTM Kampus Samarahan 2, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap melalui persidangan ini, UiTM Sarawak mampu meneroka kaedah untuk pembangunan teknologi terutama dalam bidang pertanian di Samarahan.
Sumber dari : Jiwa Bakti