KUCHING, 4.03.20 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd, Akimoto Yoshio di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pagi ini.
Tujuan utama kunjungan berkenaan adalah untuk membincangkan perancangan syarikat untuk memperbesarkan operasinya di Zon Perindustrian Samalaju di Muara Tabuan, Kuching.
Sejurus selepas itu, Ketua Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd, Zaid Zaini.
Turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah perancangan syarikat untuk menyokong program pembangunan telekomunikasi di Sarawak bagi mencapai status negeri maju menjelang 2030.
Sumber dari : Sarawakku