JULAI 2020

Abg Jo Terus Tunai Janji, 30 Juta Diperuntuk Bagi Pembinaan Riverwall & 8 Juta Untuk Masjid Darul Naim Kampung Lintang


YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hari ini melawat sendiri ke tapak projek Riverwall sepanjang 660m dari Kg. Sungai Bedil ke Kg. Lintang, Kuching yang bakal dijadikan sebagai waterfront yang menyusuri sungai Sarawak.

Projek yang menelan kos 30 Juta ini merupakan projek naiktaraf infrastruktur pelancongan bakal memberi manfaat terus kepada rakyat khususnya sektor pelancongan selain mencantikkan lagi keindahan bandaraya Kuching ini.

Sejurus selepas tinjauan projek waterfront tersebut, Ketua Menteri seterusnya melawat projek pembinaan Masjid Darul Naim Kampung Lintang yang menelan kos sebanyak 8 Juta yang bakal dilengkapi kemudahan IT bagi kemudahan penduduk kampung sekitarnya.

Masjid Darul Naim Kampung Lintang yang sedang dibina ini juga mempunyai rekabentuk yang unik yang berbeza seperti adanya pusat riadah dan pelbagai kemudahan lain. Masjid ini juga dapat menampung kapasiti seramai 1, 500 orang ini dijangka siap November tahun ini.

Sumber dari : Sarawakku