MEI 2021

Abg Jo Tunai Solat Aidilfitri Pagi Ini


KUCHING,  Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek sekitar pada jam 7.50 pagi ini. 

Sejurus ketibaan, beliau telah disambut  oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta ahli-ahli lembaga LAKMNS dan pengurusan tertinggi LAKMNS.

Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dijalankan sehingga 17 Mei ini, Pengamalan Norma Baru seperti penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka sentiasa menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini. 

Sesi solat dilaksanakan mengikut garis panduan dan SOP bagi mengekang penularan COVID-19.

Solat telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Dato' Haji Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi, manakala khutbah telah disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, Datu Haji Kipli bin Haji Yasin yang menyampaikan khutbah yang bertajuk  "Aidilfitri : Kembali Kepada Fitrah Menuju Reda Ilahi".

Sumber dari : Sarawakku