OKTOBER 2020

Anak Sarawak Harus Dipersiapkan Untuk Bersaing Di Peringkat Global


SIBU: Anak muda Sarawak pada masa hadapan harus berupaya bersaing di peringkat global dan mereka hendaklah dipersiapkan mulai sekarang, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Oleh itu, Kerajaan Sarawak membuat keputussn untuk membina sekolah antarabangsa supaya pelajar yang cemerlang, khususnya anak petani dan nelayan diberi peluang untuk menimba ilmu bertaraf antarabangsa, kata beliau.

“Kita tidak mahu menjadi jaguh kampung sahaja,” ujar beliau dalam ucapan ketika merasmikan kampus Pustaka Sarawak di sini. 

Dengan dunia digital yang tiada sempadanan fizikal anak Sarawak hendaklah mempunyai keupayaan dan ilmu yang membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa, ujar beliau.

Sekolah antarabangsa tersebut di bawah kelolaan Yayasan Sarawak akan menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan persafahaman akan dimetrai dengan universiti tersohor seperti Universiti Cambridge, Oxford dan London School of Economic di England dan Universiti Standford di Amerika Syarikat.

Pembinaan Sekolah Antarabangsa Sarawak pertama telah dilancarkan di Semenggok, Kuching dan empat lagi akan dibina di Petra Jaya (Kuching), Sibu, Bintulu dan Miri. 

Mengenai pembangunan bidang perpustakaan di Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari berkata kemudahan perpustakaan harus diselarikan dengan proses digitalisasi dan penyimpanan data.

“Oleh, itu Pustaka Negeri sekarang diletakkan di bawah Lembaga Multimedia Sarawak (SMA),” jelas beliau.

Turut berucap Pengerusi Lembaga Pustaka Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Hamid Bugo.

Sumber dari : Sarawakku