OKTOBER 2020

Stesen Pengisian Bersepadu Berjenama Petros Pertama Di Sarawak Dibina Di Kuching


KUCHING:  Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg petang tadi telah melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan stesen pengisian bersepadu pertama di Sarawak.

Perkhidmatan stesen ini kelak yang terletak di Darul Hana, Petra Jaya akan meliputi pengisian bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik. 

Stesen tersebut berjenama Petros adalah di bawah kelolaan SEDC Energy Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat SEDC.

Stesen kedua juga akan dibina di Kuching manakala empat lagi akan dibina di Simanggang, Sibu, Bintulu dan Miri.

Turut berucap Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato’ Haji Husain.

Sumber dari : Sarawakku