Julai 2019

Anjing Jalanan Tidak Mungkin Dihapus Sesuka Hati – Datuk Karim


KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan orang ramai untuk tidak bertindak sesuka hati terhadap kerja-kerja penghapusan anjing jalanan.

Ketika ditemui pemberita setelah merasmikan Persidangan Orkid Asia Pasifik ke-13, beliau percaya pihak yang bertanggungjawab mempunyai prosedur operasi standard untuk mengesan dan membasmi anjing pembawa rabies dan tidak menyakiti anjing bebas rabies.

Namun begitu beliau juga menasihati agar anjing yang bebas berkeliaran dikurung dalam kawasan yang lebih selamat.

Oleh : Odleen

Sumber dari: TV Sarawak