KUCHING: Pengumuman pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 bertujuan untuk meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Perusahaan Mikro, Penjaja dan Peniaga di Sarawak selain membantu golongan terbabit meneruskan perniagaan serta kelangsungan hidup ekoran impak pandemik COVID-19, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg.
Kata beliau, pihaknya sedar akan kewujudan dan peranan PKS yang menjadi salah satu pemacu kepada ekonomi Sarawak.
“Saya sedar akan peranan PKS sebagai pemacu kepada ekonomi Sarawak. PKS menyumbang lebih 75% dalam sektor perniagaan dan telah menyumbang sebanyak 20% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan membuka peluang pekerjaan sebanyak 600,000 kepada seluruh rakyat Sarawak,” katanya dalam satu sidang media di sini, Jumaat.
Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan empat langkah di bawah BKSS 2.0 iaitu (i) Pinjaman Percuma Untuk PKS, (ii) Geran Khas RM1,500 Kepada Penjaja dan Peniaga Melalui ‘Sarawak Pay’, (iii) Pemansuhan 2% Kadar Keuntungan Kepada 0% Bagi Tiga Tahun Setengah Dibawah Skim Kredit Mikro (SKM), (iv) Mengeluarkan Sewa Kepada PKS Di Sektor Peruncitan Yang Dimiliki Oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri.
Sementara itu katanya, Penambaikan Infrastruktur Hari Ini Akan Memacu Ekonomi Pada Esoknya, oleh itu beliau ingin memastikan bahawa semua projek infrastruktur strategik dan inisiatif di Sarawak akan diteruskan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dimansuhkan.
Manakala berhubung lanjutan tempoh PKP, Kerajaan Sarawak akur akan perintah tersebut memandangkan ia adalah untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Sumber dari : TVSarawak