OKTOBER 2019

Bandaraya Terjaga, DBKU Susun Rapi Perancangan


KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan memastikan kawasannya sentiasa terjaga.

Menurut Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan, pihaknya sedang berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan memperindahkan sekitar kawasan DBKU.

Ketika kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, beliau berserta rombongan sempat kongsi pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut.

Tambahnya, perjumpaan bersama Ketua Menteri juga bertujuan untuk meminta nasihat berhubung visi dan misi Kerajaan Sarawak agar ia selari dengan perancangan yang diatur oleh DBKU.

Jelas beliau lagi, bagi tahun 2019 – 2020, DBKU mempunyai lima fokus utama untuk menjadikan bandaraya Kuching Utara bersih, cantik dan lebih teratur.

Beliau juga menyatakan mengenai cadangan untuk membesarkan jalan – jalan yang terdapat di kampung, memandangkan penduduk pada masa kini mampu untuk memiliki kereta sendiri.

Perkara ini sememangnya memakan masa kerana beliau mahu segala perancangan tersusun dan teratur.

Sumber dari: TV Sarawak