LAWAS: Penghantaran bantuan makanan ke beberapa penempatan di Ba’kelalan diteruskan khususnya ke kawasan yang masih belum menerima bantuan ini.
Penghantaran bantuan makanan itu termasuklah di Zon Ba’kelalan, Zon Long Semadoh dan Zon Long Sukang di DUN Ba’kelalan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 2 yang juga AHli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong bersama Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok telah sama-sama mengagihkan bantuan makanan ke lokaliti-lokaliti di Jalan Trusan dan beberapa kampung di kawasan ini. - UKAS
Sumber dari : TVSarawak