BRUNEI, 16 Julai 2019 - Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg malam tadi menghadiri Majlis Persantapan Bersempena Dengan Hari Keputeraan Yang ke -73 Tahun Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di Dewan Persantapan Diraja ,lstana Nurul lman.
Turut serta mengiringi Tuan Yang Terutama (TYT) adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan.
Sumber dari: Sarawakku