NOVEMBER 2019

GPS tidak takut taktik pembangkang


KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak(GPS) tidak takut dengan taktik parti pembangkang dan bersedia untuk menghadapi segala isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri tidak bodoh dan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutuan, mereka asyik menggunakan alasan rasuah untuk menjatuhkan pemimpin.

“Apabila saya menjadi ketua menteri, kita telah berikrar dan disaksikan oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

“Kita tidak bodoh dan tidak takut dengan taktik pihak pembangkang . Kita adalah kerajaan GPS baharu yang mana polisi kita adalah untuk fokus kepada pembangunan di bandar dan luar bandar serta menyediakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri.