OKTOBER 2020

Hospital Miri Diperbesarkan Dengan Kos RM289 Juta, Tambah 328 Katil


MIRI:  Kerja-kerja bagi projek pembesaran Hospital Miri dengan ongkos RM289.2 juta sudah bermula dan dijangka siap pada oktober 2023.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari telah melakukan upacara pecah tanah pagi ini dengan disaksikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadhilah Haji Yusuf dan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba.

Projek tersebut yang dilaksanakan secara reka dan bina oleh Kontraktor Riaplus Sdn Bhd dengan tempoh selama 173 minggu telah bermula pada 25 Jun 2020.

Projek pembesaran ini akan menambahkan jumlah katil sebanyak 328 buah.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Sumber dari : Sarawakku