MIRI: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah merasmikan Bangunan TVET Riam bertempat di Riam Institute of Technology di sini.
Beliau telah menyerahkan cek bagi geran Kerajaan Negeri bernilai RM2.5 juta kepada pihak pengurusan institut sebagai bantuan kepada tabung pembinaannya.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin ak. Jawong dan Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin.
Datuk Patinggi Abang Haji Johari kemudiaan melawat sekitar institut sebelum kembali ke Kuching selepas mengadakan lawatan satu hari suntuk ke sini.
Sumber dari : Sarawakku